BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA TWB

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

As doakan semoga para pembaca blog ashanneeta ni, Allah limpahkan rezeki yang berkat dan dipermudahkan segala urusan.


Entri kali ni As nak kongsikan bagaimana nak BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA. Seperti yang u olls tau As memiliki mobile spa sendiri dengan nama AuraShanteq Spa.

Sebelum As cerita lebih panjang, As nak tau siapa di antara para pembaca blog ni yang berumur 17 ke 19 tahun? Atau lebih mudah remaja lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)?

Ha, ada yang angkat tangan tu, As dapat rasakan InsyaAllah, tak pe Allah nampak u olls. 

As nak tau apa yang adik-adik buat selepas habis SPM sementara menunggu keputusan keluar. Ada lebih kurang 3 bulan tempoh menunggu nya. 

Lagi 1 soalan, apa yang adik-adik buat selepas dapat keputusan dan sementara menunggu panggilan sambung belajar? Ini pun bertempoh 3 bulan juga sebelum mendaftar semester pertama pada bulan Jun atau Julai.
As pasti ada adik-adik yang pandai cari duit poket sendiri dengan bekerja part time atau menolong keluarga berniaga, ada yang bercuti riang ria, ada juga yang membantu ibu pada di rumah & terdapat juga yang memilih untuk duduk mereput di rumah saja... hahaha

As ingat lagi zaman As tunggu keputusan SPM tahun 1996 dulu. 2 bulan pertama memang As duduk rumah jek jaga adik-adik As yang masih bersekolah.

Belajar masak dengan mak, belajar kemas rumah sikit-sikit, tolong mak jahit kelim baju orang tempah dan selebihnya As dok tengok TV layan drama Cerekarama heheha sebab As memang minat drama. Pada As dari tengok drama tu juga As belajar pengalaman hidup orang lain.

Kemudian lagi sebulan lagi tu As bercuti di Johor, haa di situ la As bertemu jodoh. Ok itu kita cerita lain kali yek.
Bila keputusan SPM keluar, As bersyukur sangat dapat Pangkat Satu dengan agreget 22 (paras masih selamat), Alhamdulillah.

Kemudian isi borang kemasukan universiti, masa tu kena isi manual & hantar by pos.


Selesai semua urusan tu As dapat bekerja sambilan sebagai kerani di studio rakaman berhampiran dengan rumah.


Rezeki di tangan Allah, As dapat panggilan masuk ke Universiti Teknologi Malaysia. Hasil dari bekerja sebulan tu As dapat gaji pertama sebanyak RM300 & boss bagi plak saguhati RM300 sebab dapat masuk universiti, Alhamdulillah.

Wow nikmatnya hidup rasa bila dapat gaji hasil usaha sendiri, walaupun sekejap dapat jugalah rasa pengalaman bekerja. Wang gaji yang As dapat tu digunakan untuk membeli keperluan untuk masuk U.

Bila belajar As fikir plak "apa aku nak buat lepas habis belajar ni? Macam ne nak bayar balik pinjaman JPA nanti? (masa tu As layak dapat pinjaman JPA sebanyak RM36 ribu). Kerja apa nanti nak buat lepas ni?" 

Pada ketika itu As masih tak tau bidang pekerjaan yang sesuai dengan ijazah yang As ambil tu. Memang kurang ilmu dalam memilih kerjaya sebab As tak de background keluarga yang belajar di universiti so kira As tak de sumber rujukan la. Kesiankan masa tu. Tapi takpe itu cerita lama.

Tapi sekarang bila As ingat balik, jika 21 tahun lepas As tau pasal bisnes mobile spa ni, mesti As dah terkinja-kinja nak join untuk dapatkan income. Ye la umur tengah muda kan, mesti la nak kerja kuat kumpul duit.

Walaupun As takde basis jaga kecantikan & kurang minat ke arah itu, tapi demi mendapatkan income As akan sanggup berusaha untuknya.
Masa tu ilham Projek Spa The Walking Beauty ni pun belum ada lagi sebab founder nya masa tu sedang di tingkatan 3, hehehe.

Ditambah pula zaman tu takde telefon pintar, takde internet, maka memang takde la dunia segala maklumat dihujung jari macam sekarang ni. Untung sangat remaja lepasan SPM sekarang ni, belum habis sekolah lagi dah ada smart phone canggih.


Then bila sekarang As dah join TWB ni, As dah ada bisnes spa bergerak tanpa kedai yang menggunakan 100% produk Shaklee. Atau lebih dikenali sebagai SPA SHAKLEE. As rasa beruntung sangat adik-adik lepasan SPM sekarang yang ada peluang cerah buat income dari bisnes spa Shaklee ni.

Sejujurnya As cakap, bisnes Spa Shaklee ni merupakan bisnes mudah untuk disertai, bisnes mudah untuk dilatih, bisnes mudah untuk dijalankan, bisnes mudah untuk dapat income dari 5 penjuru, bisnes mudah untuk diwarisi ke legasi kita dan bisnes mudah untuk kita jana saham akhirat. 

Subhanallah wow hebatnya idea bisnes semudah spa Shaklee ni kan. 

Sejak dari Julai tahun 2015 ia dilancarkan, kini sudah hampir 3 tahun, bisnes mudah spa Shaklee ini telah mengubah taraf ekonomi & masa depan ramai wanita dari pelbagai golongan pendidikan & pekerjaan termasuk As. Dah merasa la income 3 ke 4 angka dengan gembira.

Maka, As nak tegaskan di sini, kepada adik-adik lepasan SPM yang masih lagi fikir-fikir apa nak buat? Macam ne nak dapatkan income? Haruslah sertai kami di Projek Spa The Walking Beauty ni.

Peluang hebat ni hanya datang sekali untuk orang-orang yang hebat macam anda adik-adik semua. 

As pun ada anak lelaki yang sedang membesar, pastinya As akan ajar mereka cara untuk warisi bisnes mudah spa Shaklee ni bila giliran mereka menunggu keputusan SPM nanti. 

Then mereka boleh buat servis spa dengan kawan-kawan lelaki mereka. Walaupun Projek Spa The Walking Beauty khusus hanya untuk kaum wanita, tapi anak beautician pun layak belajar ilmu hebat ni.

As nak bakar lagi semangat adik-adik lepasan SPM ni, meh kita kira-kira berapa agaknya income yang kita boleh dapat dari bisnes mudah spa Shaklee ni?

Katakan upah sekali facial muka seorang customer RM59
Sehari kita servis 2 orang customer, kira dalam 2 jam dah.
Hari sabtu dan ahad plak kita servis 5 customer sehari.
Jom kira berapa income kita boleh dapat sebulan.

RM59 X 2 orang X 5 hari X 4 minggu = RM2360
RM59 X 5 orang X 2 hari X 4 minggu = RM2360
Jumlah = RM 4720 sebulan. 

Ni remaja lepasan SPM yang baru join projek spa TWB

Habis training terus dapat sijil, inilah kehebatan bisnes mudah spa Shaklee.
 
Ni testimoni beautician TWB yang dapat Buat Duit Dengan Mobile Spa

Hasil Buat Duit Dengan Mobile Spa TWB

WOW, ni hasil usaha nya. Ini baru income 1 penjuru, belum campur lagi penjuru 2, 3, 4 & 5 plak.
Subhanallah, hebat sangat rezeki Allah nak bagi, kita hanya perlu usaha jek adik-adik.

Jom BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA TWB

Hubungi As agen The Walking Beauty anda sekarang. AuraShanteq 019-7187112
 

 

  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah.

# FREE CONSULTATION # ADORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH



Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp) | ita2112@yahoo.com

Comments