CARA BEBAS HUTANG MELALUI BISNES SPA TWB


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
As doakan semoga u olls semua sentiasa dalam kesihatan yang baik dan berada dalam lindungan rahmat Allah.

Tajuk asal entri ni adalah The Walking Beauty : BISNES SPA & SHAKLEE BANTU LANGSAIKAN HUTANG BERIBU

Tapi bila founder The Walking Beauty bagi Task no 5 untuk contest TWB blog : Tulis entry blog bertajuk "Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa TWB"

Maka As pun teruskan menyambung cerita yang tergendala sebelum ni pasal hutang.


Bila sebut pasal hutang, memang ramai yang payah nak mengaku, mungkin sebab segan. Tapi bila berbelanja tak gaya macam ada hutang plak.

Tapi bila bab nak meminjam duit sana-sini, mula la reveal segala hutang tok nenek moyang keliling pinggang tu. Terus hilang rasa malu asal hajat nak pinjam duit untuk bayar hutang tercapai. 

Tanpa disedari sebenarnya situasi yang sedang berlaku itu adalah buat hutang untuk tutup hutang... tapi sampai bila ia harus berlarutan kalau masih bergantung pada 1 sumber pendapatan sahaja iaitu makan gaji.

Biasanya hutang saja dah usik 60% komitment gaji kita. Selebihnya adalah untuk keperluan, ingat keperluan sahaja, bukan kemahuan yang kadang tidak masuk akal, senang cakap "tak ukur baju kat badan sendiri" la gitew.

Apa yang As sembangkan ni adalah sebahagian dari pengalaman kisah hidup yang As alami sendiri suatu masa dahulu. Wah kita masuk bab sejarah plak lepas ni yek. Segalanya bermula pada 2003, seawal usia 22 tahun As dah ada kad kredit dan layak untuk buat personal loan.

Ketika wang diperlukan dan gaji tidak mencukupi, maka beberapa keperluan terpaksa disediakan melalui pembelian kad kredit. 

Apabila kegawatan ekonomi berlaku, tempat bekerja terpaksa gulung tikar dan semua pekerja diberhentikan, maka diri ini terkesan dengan penggangguran selama hampir 6 bulan. Perkara yang sama berlaku pada encik suami, menyebabkan kami hilang sumber pendapatan pertama. 

Akibatnya tak mampu nak bayar sewa rumah yang tertunggak, kereta ditarik balik dan bank kad kredit telefon setiap hari menuntut hutang. Namun apakan daya memang kami berdua tak mampu nak bayar, sedangkan nak makan pun terpaksa tumpang rezeki mertua.

Ditambah pula dengan diri As ketika itu sedang hamil anak sulong 8 bulan dan menunggu hari, mana boleh nak cari kerja kan. Maka terpaksa la kami hadap masalah itu sehinggalah As dapat kerja di sebuah kilang Jepun sebagai kerani. 

Bayangkan seorang pemegang ijazah Sains Industri jadi kerani Planner and Procument. Gaji RM9000 berbanding gaji sebagai Assistant Chemist sebelum itu RM1300. Tapi demi memulakan kembali hidup baru, As redha.

Kemudian rezeki pekerjaan bertambah, dapat kerja di tempat baru dan rezeki anak pun bertambah, Alhamdlillah. 

Sepanjang 9 tahun (2004-2012) bekerja di 4 tempat berbeza, As kembali membayar hutang-hutang lama kami sedikit demi sedikit dengan duit gaji kami. Tetapi masih kurang dari jumlah yang sepatutnya. 

Sehinggalah pada tahun 2013, As terbaca di internet tentang peluang perniagaan secara online. Niat di hati memang nak cari second income sebab nak cover bayar hutang.


Di situlah bermulanya perjalanan As sebagai SID, Shaklee Independent Distributor yang tiada pengalaman berniaga online. Tapi pernah jual karipap masa takde kerja dulu la. So kira darah bisnes tu ada la dalam badan ni hehehe.

Sedar tak sedar, pendapatan hasil dari bisnes Shaklee ni As dapat membayar hutang dengan lebih banyak. Duit gaji boleh fokus untuk bayar loan rumah dan keperluan harian. Masa tu masih belum mampu nak beri belanja pada mak ayah di KL apatah lagi nak menabung.

Pada tahun 2015, As join Projek Spa TWB dengan niat nak tambah lebih pendapatan dengan ilmu spa plak. Walaupun tiada pengalaman dalam bidang kecantikan, namun nekad nak langsaikan hutang tu menjadi pembakar semangat untuk As berusaha lebih gigih. Dalam Vision Board pun ada misi nak langsaikan hutang dan money freedom tau.


Dengan Spa Shaklee atas nama AuraShanteqSpa yang berkonsepkan mobile spa dan home spa, pendapatan As semakin bertambah. Lebih mudah dapat duit cash dengan Spa Natural ni sebab produk yang kami gunakan adalah produk Shaklee yang sentiasa semulajadi/natural, sentiasa selamat dan sentiasa berkesan. 

Hasil spa shaklee ni As gunakan untuk tambah membayar hutang. Ye la kan semua hutang-hutang tu dah overdue dan dah bayar kali kena legal instruction sejak dari As tidak bekerja 13 tahun dulu.

Dalam bisnes spa shaklee ni kita ada pakej spa pengantin yang melibatkan perkhidmatan seperti facial, face relaxing treatment, body skrub atau lulur, sauna herba, mandian aura cantik dan juga spa kaki tangan (hand spa, foot spa). Semua nya kami beautician TWB akan belajar bila join projek Spa TWB ni. 


Lagi 1 yang istimewanya, pakej spa kami adalah berkonsepkan spa wanita sahaja, di mana semua beautician TWB adalah wanita dan pelanggan kami juga kaum wanita. 

Kalau ada customer lelaki pun itu adalah suami dan adik beradik lelaki beautician itu sendiri. Kami tidak buka Projek Spa TWB kepada jejaka-jejaka yek. Kalau ada lelaki nak servis dengan spa Shaklee kami, perlulah beri peluang isteri atau adik beradik perempuan u olls join Projek Spa TWB ni.

Dalam pada 2 tahun (2015-2017) As berjaya selesaikan 5 daripada 7 hutang yang tertunggak. Berikut adalah senarai hutang As yang dah habis bayar, Alhamdulillah sujud syukur sangat-sangat.

1) Kredit kad HSBC, RM8000
2) Kredit kad Bank Islam, RM8000
3) Personal loan Bank Islam, RM15,000
4) Shortfall kereta Perodua Kelisa dengan Maybank, RM15,000
5) Kedai Elektrik, RM10,000
Jumlah keseluruhan, RM56,000 

Kalau ikutkan jika As hanya bayar guna duit gaji, As akan habis bayar semua pada tahun 2020 akan datang, Tapi bila As bayar lebih dengan menggunakan income dari Spa Shaklee Spa Natural As, maka inilah hasilnya. Hutang sejumlah RM56 ribu itu selesai dilunaskan.


Kini As hanya ada hutang rumah dan kereta sahaja. Dengan azam suatu hari nanti bisnes Shaklee dan Spa Shaklee As akan bayar ansuran rumah dan kereta kami, insyaAllah. Tiada yang mustahil dengan rezeki Allah, kita harus terus berusaha, bertawakal dan yakin percaya Allah akan limpahkan rahmat rezeki pada kita semua.

Yang lebih seronok dan bersyukur, bila As boleh berikan duit belanja pada mak di KL. InsyaAllah akan bertambah nilainya dari 3 angka ke 4 angka, mudah-mudahan, aamiin. 

Dengan rasa syukur, diri ini sangat-sangat rasa bertuah kerana ditunjukkan jalan untuk memperbaiki taraf hidup dan berjaya menyelesaikan hutang dengan income dari bisnes Shaklee dan Spa Shaklee ini. 

Sememangnya spa wanita untuk wanita sahaja ini benar-benar spa natural yang mudah untuk menjana pendapatan sampingan.

Ilmu spa yang sangat berguna terutamanya ilmu spa pengantin menjadikan kami para beautician TWB terutamanya diri As sendiri, dapat menikmati berkat rezeki yang Allah kurniakan dengan jalan berbisnes, Alhamdulillah.


Akhir kata, As sangat-sangat alukan kaum wanita diluar sana yang masih berada dalam masalah kewangan dan masih mencari-cari jalan penyelesaian, marilah sertai kami di Projek Spa TWB untuk mendapatkan pendapatan sampingan dan sekalp gus membantu memperbaiki taraf ekonomi keluarga u olls. Salam sayang dan salam hormat dari AuraShanteqSpa.

Untuk dapatkan perkhidmatan pakej Spa Shaklee atau Spa Pengantin dari AuraShanteqSpa, u olls mesti contact nombor ni 019-7187112. InsyaAllah As akan datang memanjakan u olls. Kepada yang berminat nak jadi part of The Walking Beauty beautician, nombor 019-7187112 adalah nombor yang harus u olls hubungi untuk kita set appointment bagi memulakan bisnes Spa Shaklee u olls.

Sekian, Wassalam.
 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah.

# FREE CONSULTATION # ADORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH



Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp) | ita2112@yahoo.com

Comments