4 KEBAIKAN BERFACIAL YANG MESTI ANDA TAHU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Akaq wish u olls semoga sentiasa sihat sejahtera dengan apa yang u olls buat.

Hari ni akaq nak pasal 4 KEBAIKAN BERFACIAL YANG MESTI ANDA TAHU. Tapi sebelum tu akaq nak tanya ni, "Semua orang tahu kan apa itu facial?"

Ok akaq terangkan sikit sebagai info, APA ITU FACIAL?

Facial merupakan aktiviti rawatan penjagaan kulit untuk wajah atau kulit muka. Ia termasuk pencucian, stim, pengelupasan, urutan, sapuan topeng muka, penyapuan krim atau losyen. 

Pelanggan kebiasaannya melakukan facial di salon kecantikan, atau pun ikut trend sekarang ni di home spa atau mobile spa. Sama macam apa yang kami di The Walking Beauty atau TWB buat sekarang.

Sebelum tu kita atau pelanggan kena tahu kenapa kita nak berfacial?
Adakah untuk Me Time, "Banyak sangat ke duitnya nak ber Me Time?"

atau customer nak treat skin problem mereka.

Kami di TWB biasa terima pelanggan yang nak ber Me Time, sekitar hampir 80% macam tu. Selebihnya pelanggan kami nak treat masalah kulit mereka. 

Kalau kes pelanggan yang memang mempunyai masalah kulit yang agak serius, kami akan mengesyorkan penggunaan Youth Skin Care dari Shaklee untuk kegunaan harian bagi merawat masalah kulit.



Okay APA ITU 4 KEBAIKAN BERFACIAL?

Yang pertama, facial menjadikan kulit muka kita bersih dan lempap. Haa... macam mana tu?

Bila kita berfacial, kulit muka kita akan dicuci menggunakan cleanser. Kami di TWB mengunakan Luminious Oil Gel Cleanser untuk membersihkan wajah pelanggan. 

Cleanser ni bertindak sebagai penanggal kotoran dan sel-sel mati pada kulit muka. Ia juga boleh menanggalkan white head dan black head pada kulit.

Kemudian, cleanser ni adalah gabungan oil dan gel (water base), ia memberi keseimbangan kelembapan terhadap kulit muka. Maka hasilnya kulit akan jadi lebih bersih. 

Bagi setiap sesi facial pakej lengkap bersama TWB, kami akan memberikan urutan muka iaitu face massage pada titik-titik stress pelanggan. 

Ini akan melegakan stress dan akan membuatkan pelanggan menjadi tenang serta dapat menikmati Me Time nya.

Urutan muka ini juga membantu melancarkan perjalanan darah di wajah pelanggan. Ia akan menjadikan wajah pelanggan segar selepas berfacial.


Kebaikan yang kedua adalah membekalkan nutrisi pada kulit muka. Semua beautician TWB memang menggunakan Youth Skin Care Shaklee yang 100% berasaskan tumbuhan. Ia adalah sangat-sangat selamat kerana bebas dari 2500 bahan kimia berbahaya.

Setiap item dalam Youth Skin Care seperti berikut;

🎷 Luminious Oil Gel Cleanser 
🎷 Perfecting Skin Toner
🎷 Youth Activating Serum
🎷 Age Defense Moisturizer - SPF 50
🎷 Advance Renewal Night Cream - Light
🎷 Radiance C+E  

Kesemua item ini mengandungi bahan-bahan dari tumbuhan yang memberi nutrisi atau makanan kepada kulit muka. Ia akan masuk melalui pori-pori muka yang dah dibersihkan di awal tadi.


Kebaikan facial yang ketiga adalah pengelupasan kulit yang sempurna. Ini bukan bermaksud kami kopek kupus muka pelanggan tau... bukan macam tu maksudnya.

Semasa facial sel-sel kulit mati akan ditanggalkan dengan cara skrub di seluruh muka. Proses ini juga akan membantu penghasilan kolagen dan elastin di bawah kulit wajah. Maka hasilnya, kulit akan jadi anjal, tegang dan awet muda.


Kebaikan berfacial yang keempat pula adalah mencantikkan kulit muka. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilakan Youth Skin Care adalah sangat-sangat terbaik untuk mencantikkan kulit muka. Youth Skin Care ini jugalah yang kami beautician TWB guna untuk facial wajah customer.

Antara bahan-bahan yang digunakan dalam Youth Skin Care adalah;

Apple Stem Cell Extract. Ia berfungsi untuk mempercepatkan pembaharuan kulit ke kadar yang lebih muda.

Schisandra Chinensis. Ia membantu membekalkan lebih banyak nutrien kepada kulit.

Lotus Japonicus Extract. Ia mengaktifkan protein youth di kulit dengan menyokong penghasilan kolagen dan elastin.

Grape Muscadine Ferment Polyphenols. Ia memastikan kulit sihat dan menghalang kerosakan dari persekitaran.

Vital Repair+ Vitamin dan Nutrients. Ia menenangkan kulit dan menghalang radikal bebas.




Okay now akaq dah share 4 KEBAIKAN BERFACIAL (klik untuk link ke live video), so anyone yang nak berfacial dengan akaq, kita ada promo untuk u olls sepanjang bulan September ini.

Here we go, the promotion from Aura Shanteq Spa. 



Jumpa u olls nanti masa booking facial ya.



Asnita Baharin
Founder Aura Positif Zoner
Owner Aura Shanteq Spa
019-7187112
Shaklee Pasir Gudang & kawasan sewaktu dengan nya. 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai beautician TWB dan ahli Shaklee yang sah.

# FREE CONSULTATION # ADORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH


Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp) | ita2112@yahoo.com

Comments