CONFINEMENT LADY VS JAGAAN MAK

Akaq nak tanya ni...

"Mana satu pilihan u olls jika bersalin sekarang ni?"

"Pilih perkhidmatan Confinement Lady (CL) atau pilih Jagaan Mak atau ibu mertua?"


Akaq ni dah lama sebenarnya meninggalkan zaman-zaman bersalin dan berpantang ni sejak 11 tahun yang lepas. Maklumlah anak yang bongsu Superkid Adam Hiqmal pun dah berumur 11 tahun. Memang dah lama sangat tu.

Zaman akaq berpantang 5 kali dulu (termasuk 2 kali keguguran), akaq berpantang selepas bersalin 3 orang hero di bawah jagaan ibu mertua iaitu pada tahun 2003, 2005 dan 2007. Masa tu akaq belum kenal Shaklee pun, so akaq hanya berpantang mengikut apa yang ibu mertua ajarkan saja.

Semasa berpantang, akaq mula berurut selepas 3 hari bersalin dengan makcik suami akaq iaitu adik ibu mertua akaq. Akaq juga berbengkung selama 40 hari sehingga habis berpantang. Akaq berurut selama 3 hari berturut-turut dan pada hari ke 44 berpantang.

Oleh kerana tak reti nak cari maklumat pasal berpantang di internet dan zaman tu wasap-wasap ni belum berleluasa lagi, maka kuranglah maklumat tentang berpantang ni sampai kepada ibu bersalin dan berpantang macam akaq.

Jadi memang takda idea la nak tahu bagaimana aktiviti berpantang yang sepatutnya dijalankan. Sehinggalah akaq sendiri belajar Kursus Rawatan Selepas Bersalin dan Berpantang baru-baru ni di Melaka.

Kursus ini adalah salah satu daripada projek di bawah The Walking Beauty Spa Projek. Kami semua beautician TWB layak menjadi TWB Confinement Lady dan boleh menjalankan perkhidmatan berpantang untuk ibu-ibu selepas bersalin.

Berdasarkan cara berpantang yang akaq jalani sebelum ni iaitu dengan jagaan mak (akaq ibu mertua yang jaga) berbanding cara berpantang Confinement Lady yang akaq pelajari.

Akaq dapat rumuskan perbezaannya seperti berikut;


Ini adalah berdasarkan apa yang akaq alami semasa berpantang dulu dan dibandingkan dengan ilmu Confinement Lady yang akaq pelajari.

Akaq kongsikan beberapa aktiviti semasa berpantang yang perlu kita semua ambil tahu.

1) Berurut
Kaedah urutan bersama sapuan minyak herba ke badan bagi melegakan lenguh-lenguh badan, mengendurkan urat yang menegang akibat proses kehamilan dan bersalin, serta pelbagai lagi faedahnya.

2) Bertungku
Kaedah menekan-nekan atau tuam perut dan payudara si ibu selepas bersalin menggunakan batu sungai yang telah dipanaskan dan dibalut dengan daun herba di dalam kain, bagi mengecutkan rahim yang kembang akibat proses kehamilan dan melancarkan perjalanan darah dan pengeluaran  susu badan.

3) Bertangas
Kaedah rawatan wap asap dari herba yang mampu mengeluarkan toksik dari badan, mengetatkan vagina ibu selepas bersalin, dah macam-macam lagi.

4) Berbengkung
Keadah mengenakan kain dengan ikatan yang agak ketat dan kemas dibahagian bawah payudara, perut hingga ke punggung. Bertujuan mengecutkan rahim dan mengembalikan kedudukan rahim yang menurun akibat proses kehamilan, dan lain-lain.

5) Berlulur
Kaedah menggosokkan serbuk herba pada badan supaya dapat menanggalkan sel mati dan daki, dapat menghasilkan kulit yang bersih dan gebu.

6) Bermandian herba atau susu
Kaedah mandian dengan air rebusan herba atau bungaan bersama susu untuk menyegarkan dan menaikkan aura positif badan.

7) Berfacial
Keadah rawatan membersih, mengewap, menskrub, memasker, mengurut wajah untuk membersihkan kotoran dan sel-sel mati.

Nantikan kemunculan Pakej Confinement Lady oleh Aura Shanteq Spa akaq tidak lama lagi. InsyaAllah akaq sediakan yang terbaik untuk anda.

Sekian coretan akaq untuk kali ini. Nantikan entri-entri bermanfaat akaq akan datang.


Asnita Baharin
Founder Aura Positif Zoner
Owner Aura Shanteq Spa
019-7187112
Shaklee Pasir Gudang & kawasan sewaktu dengan nya. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai beautician TWB dan ahli Shaklee yang sah.


# FREE CONSULTATION # ADORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH


Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp) | ita2112@yahoo.com

Comments

  1. Once I originally commented I clicked the -Notify me when new feedback are added- checkbox and now every time a remark is added I get 4 emails with the same comment. Is there any approach you may remove me from that service? Thanks! online casinos for us players

    ReplyDelete

Post a Comment