HP PAVILION - THE NEW ME

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kaq As doakan semua pembaca blog ni dikurniakan rahmat rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2019 untuk semua.

Pastinya setiap tahun baru kita akan memasang azam baru dengan semangat yang berkobar-kobar. Baguslah macam tu, harap semangat tu diteruskan sehingga ke akhir tahun dan lebih baik sehingga azam dan impian kita tercapai, insyaAllah.

Tajuk entri kali ni Kaq As guna bahasa omputeh gitew. Saja jek nak bagi kelainan sempena awal tahun baru ni. Lebih-lebih lagi tahun ni Kaq As bakal masuk ke era 40an plak, hahaha.

THE NEW ME

Maksudnya jika di translate bulat-bulat adalah AKU YANG BARU.
Kaq As nak mulakan tahun baru ini dengan sesuatu yang berbeza dari tahun-tahun sebelum ni. Pasang niat nak beli laptop untuk bisnes, sebab sebelum ni asyik guna laptop ofis jek. So for this new year, encik shuban tunaikan hajat Kaq As.

Ahad 30 Disember 2018, kami sekeluarga keluar membeli beberapa kelengkapan sekolah superkids, lepas tu kami tengok wayang cerita Bumblebee. 

Kaq As tebus voucher birthday guna kad TGV, untuk 4 orang, then cuma bayar tambahan RM4 sahaja untuk tiket Adam Hiqmal. Plus kami dapat set combo popcorn percuma lagi, bagus kan dapat hadiah macam tu.

U olls pun boleh dapat juga hadiah macam tu, bila mendaftar jadi pemegang kad TGV (Tanjung Golden Village).

Ok kita sambung, lepas habis wayang, kami terus ke Plaza Pelangi untuk cari laptop sebab semua kedai-kedai laptop dari Danga City Mall telah berpindah ke Plaza Pelangi.

Kaq As terus cari kedai  Meadow Systems Asus Store. Kaq As memang cari laptop HP, so Kaq As bandingkan dengan semua kedai untuk dapatkan harga terbaik.

At the same time, Kaq As pun survey juga laptop second hand. Puas pusing-pusing survey, akhirnya Kaq As terpikat dengan laptop HP Pavilion second hand.

Kenapa Kaq As pilih second hand? Sebab menurut promoter kedai tu, laptop ni telah digunakan selama 5 bulan oleh pekerja sebuah pejabat, namun pejabat tersebut telah tutup, dan pihak kedai mengambil semula 5 buah laptop untuk dijual dengan harga yang lebih rendah.

Untuk laptop baru HP Pavilion, model 14-ce0083TX, warna Pale Gold.
Processor: Intel Core i5-8250U (1.6 GHz, 6MB cache, 4 cores)
Windows 10 (64 bit)
System memory RAM 4GB 2400 DDR4, 1TB (5400RPM) hard drive + 128GB solid-state drive.
NVDIA GeForce MX130 (2GB GDDR5 dedicated)
14.0 inch FHD (1920 x 1080)
Harga RM3,347

Tapi Kaq As ditawarkan semua tu dengan harga RM2100, so Kaq As boleh jimat sebanyak RM1247 kan. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan jual beli, Kaq As dapat laptop sendiri sekarang.

Maka balik ni kena transfer semua file bisnes Shaklee Kaq As dari laptop ofis ke laptop HP Pavilion milik Kaq As sendiri.

Semoga dengan usaha yang kecil ini, diiringi dengan nikmat Allah kurniakan, Kaq As dapat memajukan lagi bisnes Shaklee Kaq As ke suatu tahap lagi, insyaAllah.

Entri ini ditulis dari laptop HP Pavilion ye, hehe. Selamat Tahun Baru 2019. Semoga segala impian & azam u olls dipermudahkan jalan & cara untuk mencapai nya.

Wassalam,
 
  
Saya bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah.

# FREE CONSULTATION # ADORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH


Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp) | ita2112@yahoo.com

Comments