CADANGAN PENGAMBILAN SET KURUS SHAKLEE SECARA BERKESAN

Set Kurus Shaklee merupakan salah satu rangkaian set produk Shaklee yang menjadi pilihan ramai pengguna tegar produk Shaklee terutamanya bagi mereka yang memerlukan solusi untuk menurunkan berat badan. 

Set Kurus Shaklee ini juga menjadi pembuka pintu bagi mereka-mereka yang baru ingin mencuba produk Shaklee untuk amalan diet yang seimbang bagi program pengurusan berat badan. Kiranya ini antara set yang terlaris lah jualan nya di Shaklee. 

Okay mari kita tengok apa yang ada dalam Set Kurus Shaklee ini. Set Kurus Shaklee terdiri daripada 5 produk yang mempunyai fungsi masing-masing.

Pertama adalah HERB-LAX, yang berfungsi dalam proses detokifikasi dengan membantu menyingkirkan toksin dalam usus termasuk lemak dan lendir yang melekat di dinding usus serta najis yang tersumbat dan tersimpan lama dalam badan.

Herb-lax juga membantu meningkatkan rangsangan pergerakan usus semasa proses perkumuhan, sekali gus melawaskan pembuangan air besar dan mengelakkan masalah sembelit. 

Pengambilan 4 biji Herb-Lax 30 minit sebelum tidur berserta anggaran 150 ml air akan membuahkan hasil yang melegakan, Insyaa Allah.

Yang kedua adalah LECITHIN dengan fungsinya sebagai pengemulsi lemak yang hebat di mana ia membantu memecahkan lemak kepada saiz yang lebih kecil supaya ia mudah untuk disingkirkan.

Lecithin juga mampu menghalang pembentukan lemak baru dari makanan yang dimakan dan berupaya mengurangkan paras kolesterol jahat (LDL) serta meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) sekaligus membantu mengawal paras triglycerides.

Pengambilan 2-3 biji Lecithin sebelum bersenam sangat digalakkan untuk pemecahan lemak yang lebih cepat, lebih-lebih lagi jika melakukan senaman semasa melakukan INTERMITTENT FASTING 

Gabungan agen pembakaran lemak yang berkesan dalam Set Kurus Shaklee

Produk ketiga dalam Set Kurus Shaklee adalah OMEGA GUARD. Ia berfungsi membantu pembakaran lemak yang telah lama tersimpan dalam tubuh atau lemak degil seperti lemak yang berada di bawah kulit, dalam salur darah, lemak yang menyelaputi organ.

Kandungan Omega-3 dalam Omega Guard dapat meningkatkan paras hormon Leptin (sejenis hormon yang mengawal selera makan). Hormon Leptin dapat meningkatkan metabolisme badan sekaligus membantu badan untuk membakar lemak dengan lebih cepat. Semakin rendah paras hormon Leptin, maka semakin cepat kita akan rasa lapar, ini sangat-sangat bahaya bagi mereka yang serius untuk menurunkan berat badan.

 

CINCH SHAKE merupakan produk keempat dalam Set Kurus Shaklee. Fungsinya adalah sebagai pengganti makanan atau bahasa omputehnya Meal Replacement. Jika nak skip makan menu harian boleh ambil cinch sebagai ganti.

Cinch Shake Shaklee diformulasikan dengan leucine iaitu salah satu daripada sembilan asid amino penting dan satu daripada tiga branched chain amino acid yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.

Fungsi leucine adalah untuk menjaga jisim otot dan membantu pertumbuhan otot untuk membentukan tubuh badan yang sihat semasa proses penurunan berat badan. Konsep mudahnya semakin sihat otot maka semakin mudah pembakaran kalori dan lemak berlaku.

Pengambilan satu hidangan Cinch Shake selepas bersenam dapat mengurangkan keletihan otot dan menyokong pemulihan otot secara sihat dan berkesan. Ada 3 jenis perisa untuk dipilih mengikut selera masing-masing.

Seterusnya produk terhebat dalam Set Kurus Shaklee adalah VIVIX. Minuman botani ini sangat kaya dengan polifenol yang mengandungi khasiat anti-oksidan dan anti-penuaan sel secara semulajadi. Pengambilan Vivix semasa proses penurunan berat badan dapat membantu menyahkan toksin dari badan dan menggalakkan proses detox berlaku dengan lebih berkesan.

Ia sekaligus menggalakkan kesihatan secara menyeluruh sehingga ke tahap sel, sehinggakan dapat memberi kesan kecantikkan dan keremajaan kulit, kira macam awet muda lah. 

Dengan pengambilan sesudu makan Vivix setiap pagi dapat meningkatkan fungsi otak supaya signal rasa kenyang dapat dihantar kepada tubuh, makanya tiada la rasa craving nak makan macam-macam bila dah rasa kenyang.


Kebetulan bulan ni Shaklee ada menawarkan percuma satu tong Cinch Shake Coklat (harga pasaran bernilai RM190) bagi setiap pembelian SET KURUS SHAKLEE. Ditambah dengan Vivix menjadi set ini sebagai Set Kurus Shaklee Premium dan anda layak menjadi rebet cash bonus sebanyak RM 36 lebih kurang.

So guys, mari roger-roger Kak As untuk dapatkan Set Kurus Shaklee anda sementara ada promosi ini. Maaf ye, jangan tanya pasal set bajet, memang tiada sebab Kak As selaku Shaklee Independent Distributor yang berilmu mahu berikan konsultasi terbaik dengan pengambilan set yang lengkap dan premium bagi mendapatkan hasil terbaik.

Analoginya sebagai contoh kita dari KL nak pergi ke JB, kita boleh pilih nak naik motorsikal atau kereta. Agak-agaknya mana satu yang kita nak pilih. Kita memang boleh sampai ke destinasi dengan salah satu daripada kenderaan tersebut cumanya cepat atau lambat je. Kalau Kak As off course la Kak As pilih kereta supaya cepat sampai dan kurang penat. Begitu juga la dengan pengambilan Set Kurus Shaklee Premium. 


Sekian, terima kasih.
Kak As

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleepasirgudang

Penafian;

Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.

As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH

Comments