Jawapan mudahnya ialah YA, kita boleh bersenam semasa melakukan intermittent fasting. Malahan, bersenam dalam keadaan berpuasa intermittent fasting akan memberikan faedah yang lebih baik, seperti membantu pembakaran lemak badan, meningkatkan keupayaan mental dan fungsi kognitif serta mengurangkan keradangan pada otot. Kedua-duanya boleh bertindak secara sinergi, dengan bahasa mudahnya saling berkerjasama antara satu sama lain untuk hasil yang lebih memberangsangkan.
Walau bagaimanapun, semasa bersenam dalam keadaan intermittent fasting secara amnya biasa-biasa saja bagi sesetengah orang, ini kerana tidak semua orang akan dapat merasakan kesan yang baik jika melakukannya. Ini akan berlaku terutamanya apabila seseorang itu belum serasi dengan lemak maksudnya tubuh badan kita memperoleh keperluan tenaga dari lemak setiap kali ia memerlukan bahan bakar.
Tetapi apabila kita dah serasi dengan lemak, kita boleh bersenam dengan mudah dan selesa tanpa mengidam karbohidrat. Untuk mencapai keserasian ini, kita perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat secara konsisten atau ikut cara diet keto (utamakan lemak dan protein berbanding karbo).
Inilah sebabnya mengapa pentingnya kita mendengar dan mengetahui respon badan kita apabila bersenam semasa intermittent fasting. Jika kita berasa letih atau kehabisan tenaga semasa melakukan senaman yang cepat seperti HIIT (High Intensity Interval Training), maka kita perlu mengurangkan kadar intensiti aktiviti kita ataupun lebih baik berhenti saja.
Tambahan pula, bagi mereka yang mempunyai diabetes jenis 1 dan jenis 2 harus berbincang dengan doktor mereka terlebih dahulu. Ini kerana bersenam pada perut kosong (semasa intermittent fasting) boleh menyebabkan paras gula dalam darah mereka menurun secara drastik.
BILA WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERSENAM SEMASA INTERMITTENT FASTING?
Walau bagaimanapun, jika kita berasa terlalu lemah atau letih untuk bersenam semasa intermittent fasting, kita masih boleh bersenam 2 jam selepas kita berbuka puasa dengan makanan yang sesuai. Ini terutama jika kita mahu melakukan latihan selang intensiti tinggi (HIIT) dan senaman dalam tempoh masa yang lama. Dengan adanya makanan sebelum senaman yang intensity tinggi, kita akan dapat melakukan senaman dengan lebih baik dan mendapat manfaat daripada proses pemulihan atau recovery dengan lebih efisien.
Sebagai contoh, jika kita biasanya bersenam pada jam 12:00 tengah hari, dan kita memilih intermittent fasting 16:8, iaitu 16 jam berpuasa dan diikuti dengan 8 jam makan (eating window). Maka kita harus bermula pada jam 6:00 petang pada hari sebelumnya dan berakhir pada jam 10:00 pagi pada hari berikutnya. Ini akan membolehkan badan kita menjana tenaga dari makanan yang kita makan dan pastinya mengandungi nutrient yang padat termasuk protein dan lemak berkualiti.
Contoh jadual senaman semasa intermittent fasting |
KESIMPULAN TENTANG BERSENAM SEMASA INTERMITTENT FASTING
Pada pendapat As, intermittent fasting dan bersenam merupakan kombinasi yang baik di mana ia boleh meningkatkan kadar penurunan berat badan secara sihat, dapat meningkatkan keesuaian latihan, dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Akhirnya, jenis senaman dan tempoh akan berbeza-beza untuk setiap individu – walaupun senaman mudah (seperti kardio intensiti rendah) adalah yang terbaik untuk mereka yang baru bermula.
Ingatlah untuk kekal terhidrat dan mengambil elektrolit seperti Performance Drink Shaklee. Bersenam dalam tempoh tetingkap makan atau sebelum makan (berbuka puasa) bertujuan untuk memastikan badan kita mempunyai nutrien yang cukup bagi menyokong senaman dan membantu proses pemulihan yang berkesan.
Kak As
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleepasirgudang
Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.
As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH
Menarik penjelasan ini. Terima kasih untuk Info sahabat.
ReplyDeleteGood info & sharing As. Kipidap!
ReplyDelete