Acara rumah terbuka di hari raya merupakan perkara yang tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia. Dalam sebulan raya tu pasti ada minggu yang padat dengan jemputan rumah terbuka hari raya. So kita sebagai orang yang baik budi, pastinya kita akan berusaha untuk memenuhi semua undangan yang diterima. Di sini Kak As nak kongsikan 7 ADAB KETIKA MENGHADIRI MAJLIS HARI RAYA OPEN HOUSE
1) JAGA NIAT
Pastikan
niat kita tu nak memenuhi hajat tuan rumah yang nak menjamu kita makanan sambil
beramah mesra, bermaaf-maafaan dan mengeratkan silaturrahim. Elakkan perangai
nak menunjuk-nunjuk baju yang cantik la, barang kemas yang sarat mami jarum la,
nak belek-belek perhiasan tuan rumah la atau nak buat house tour plak ye… itu
semua tak payah ada dalam niat kita nak pergi open house tu.
2) JAGA AURAT
Tak kira la
samada dah berkahwin atau masih single ke, kita sebagai orang Islam sepatutnya
menjaga batas aurat kita dengan kenalan yang bukan mahram. Pastikan busana raya
yang dipakai adalah sesuai dengan majlis rumah terbuka dan menutup aurat dengan
sempurna. Design dan warna busana juga perlu diberi perhatian, tak perlulah
pakai macam acara fesyen show dan warna yang menyilaukan pandangan.
3) JAGA AKHLAK DAN TATASUSILA
Bila dah jumpa
kawan-kawan lama tu terutamanya yang bukan muhrim tak payah la nak bersalaman
bagai, cukup sekadar senyum, menganggurkan kepala sambil bertanya khabar dan
berbual. Kita sebagai muslimah, sememangnya perlu menjaga adab pergaulan kita
dengan kawan-kawan terutamanya kawan lelaki. Janganlah nak sesuka hati bertepuk
tampar atau cuit mencuit walaupun berlapik sebab perbuatan sedemikian boleh mengundang
kepada maksiat. Sila bataskan pergaulan, tundukkan pandangan dan menjaga tutur
bicara serta tiada niat untuk memikat hati lelaki yang bukan mahram.
4) JAGA SOLAT
Beraya-beraya
juga, tapi jangan sampai terlupa nak komit tanggungjawab kita sebagai muslim.
Jangan nak bagi asalan terlalu banyak jemputan rumah terbuka sampai tiada masa
nak solat. Alasan ni memang tak boleh diterima langsung. Walau sesibuk mana pun
kita beraya, tanggungjawab kita sebagai hamba Allah wajib kita lunaskan, berhenti
lah sekejap di mana-mana masjid atau surau berhampir. Hanya 10 minit saja masa
untuk tunaikan solat berbanding masa berjam-jam kita boleh duduk berborak.
5) TEPATI MASA DAN JAGA MASA
Perlu bijak untuk menyusun aturan rumah mana nak pergi dulu dan rumah mana kemudian, kerana kita akan cuba memenuhi semua undangan rumah terbuka. Dan pastikan masa kita datang tu pada siang hari. Janganlah datang waktu azan maghrib walaupun masa majlis sehingga malam.
Elakkan datang selepas waktu majlis kecuali tuan rumah paksa anda datang juga walaupun anda dah terlewat. Jika tak dapat penuhi beberapa undangan dek kerana terlalu padat jemputannya, rajinkanlah diri untuk memaklumkan kepada tuan rumah, bahawa anda tak dapat hadir, ini bagi mengelakkan berlakunya salah faham antara anda dan tuan rumah.
Bila dah bertamu di rumah
terbuka tu, hadkan masa ziarah anda untuk beramah mesra dan makan, kalau nak
bergambar pun cukup sekadar melakar kenangan saja, bukan nya sampai tahap nak ber
OOTD di semua sudut rumah.
6) HORMATI TUAN RUMAH
Ini comment
sense bila hadir ke rumah orang, perlu beri salam, bersalaman dengan tuan rumah
yang muhrim saja, bertanya khabar. Bila nak balik pula, pastikan jumpa tuan
rumah untuk ucapkan terima kasih atas jemputan dan makanan. Doakan keberlimpahan
rezeki dan kesihatan yang balik untuk tuan rumah. Semoga kalian bersua lagi di
masa akan datang.
7) JAGA ADAB MAKAN
Setiap rumah terbuka akan ada menu yang sama ataupun berbeza, pastikan anda ambil makanan untuk sekadar merasa saja kerana anda ada banyak lagi undangan nak pergi. Jika anda sukakan sesuatu menu tu, janganlah ambil secara berlebihan, ingatlah orang belakang yang belum sampai.
Dan juga elakkan membazir makanan walaupun
anda tahu makanan masih banyak lagi. Jika anda ada masalah alergi terhadap
sesuatu makana, elakkan dari mencubanya kerana dikuatiri anda tidak mampu
menanggung kesan alahannya.
Sekian, terima kasih.
Kak As (0127707962)
DAFTAR SHAKLEE
Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.
As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH
Comments
Post a Comment