Kata-kata motivasi biasanya digunakan sebagai sumber inspirasi dan panduan dalam menjalani kehidupan dan menghadapi pelbagai rintangan masalah seharian. Ada juga yang menjadikannya sebagai MORNING BOOSTER AFFIRMATION untuk menaikan semangat sebelum memulakan hari mereka. Dalam entri ini, Kak As nak kongsikan KATA-KATA MOTIVASI PENDORONG SANG JUARA WORLD CHEFS CHAMPIONSHIP, iaitu kisah anak sulong Kak As.
KISAH SEBELUM PERTANDINGAN
Pada 17 Mei yang lepas, Along ambil cuti praktikal nak balik rumah untuk buat persediaan pertandingan World Chefs Championship 2023 di Persada. Nak dijadikan cerita tetiba kereta Along tak boleh start. Dia panggil maintenance sana untuk tolong tengokkan kereta kelisa dia. Bila cek bateri kong. Then panggil plak orang Bateriku.com untuk cek kan sebab bateri masih dalam warranty.
Godeh punya godeh, bateri ok, dan masalah sebenarnya, adalah starter dah kong. Adoi, terpaksalah panggil pomen area Bandar penawar untuk datang tolong tukarkan starter baru. Kerja-kerja pembaikan mengambil masa satu setengah hari. Dan Along kena daftar pertandingan pada 18 Mei 2023, lagi satu masalah sebab kereta belum siap.
![]() |
Gambar masa 17 & 18 Mei 2023 |
Kami suami isteri bantu Along dari jauh melalui Whatsapp untuk guide dia apa nak buat dari hari semalam. Alhamdulillah masalah kereta selesai dan Along berjaya didaftarkan dengan bantuan kawan KV nya yang sama-sama masuk pertandingan.
Satu KATA-KATA MOTIVASI yang Kak As zahirkan untuk Along adalah “Masalah menjadikan kita kuat” |
Seterusnya, Along buat latihan masak nasi ayam Hainan untuk kami makan seisi keluarga. Pada malamnya Along buat persediaan bahan mentah yang dia nak bawa pada hari pertandingan (20 Mei 2023).
KISAH HARI PERTANDINGAN
Pada hari pertandingan, Along sampai awal untuk pastikan dapat parking dekat dan dapat tengok tempat Kawasan pertandingan. Kami tak dapat hadir untuk beri sokongan kerana pertandingan dijalankan secara tertutup hanya untuk peserta dan beberapa kumpulan sokongan seperti cikgu, penaja, penganjur dan juri.
Sekali lagi nak dijadikan cerita, Along punya ayam kurang masak kerana tak cukup masa dalam noxxa dan Along terletak banyak air. Along sambung masak ayam dalam pan dan hidangkan isi saja tanpa tulang. Alhamdulillah siap. Sementara itu Along baru sedar yang dia tertinggal beras di rumah, makanya cikgu Along bantu untuk dapatkan beras dari luar.
Kemudian salah seorang juri (Chef A) bagitahu tak perlu masak nasi bila beras dah ada dan sila kemas stesen kerja anda, manakala seorang lagi juri (Chef B) tanya adakah Along mahu masak nasi atau tidak? Along jawab dia mahu juga masak nasi ayam tersebut. Namun dalam keadaan yang tak cukup masa, nasi Along terlebih minyak dah menjadi lembik.
Walaubagaimana pun,
juri (Chef A) telah menilai masakan Ayam Hainan & sos yang Along dah siap masak.
Sambil juri (Chef B) berpesan pada Along supaya berhati-hati ketika masak nasi
dan menggalakkan Along untuk masuk bertanding lagi pada tahun hadapan.
Kata-kata
motivasi yang sesuai untuk kisah ini adalah ;
"Start
each day with a positive thought and a grateful heart" - Roy T. Bennett
"Never
give up. Great things take time. Be patient" - Anonymous
Semua acara pertandingan telah selesai, dan masing-masing mengambil tempat untuk mendengar keputusan. Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari menyaksikan lebih 50 kategori dipertandingkan dengan penyertaan chef-chef dari seluruh dunia. Alhamdulillah ini pengalaman berharga buat Along. Kini tiba lah masa pengumuman keputusan, dalam menanti dengan penuh debaran Along dan rakan-rakan saling menenangkan antara satu sama lain. Sehinggalah nama seorang demi seorang dipanggil untuk menerima hadiah berupa pingat dan sijil penyertaan.
"If we
keep doing what we're doing, we're doing to keep getting what we're
getting" - Stephen R. Covey
Begitulah
kisah nya bagaimana Kak As kaitkan kata-kata motivasi dengan cerita yang
berlaku. Namun perlu diingat motivasi terbaik adalah datang dari diri kita
sendiri. Kita yang perlu selalu jana sikap positif dalam menjalani hidup dan
jangan pernah lupa untuk selalu mengembangkan potensi diri.
Kata-kata akhir,
hiduplah dengan penuh semangat dan sentiasa mendorong diri kita, ahli keluarga
dan kenalan untuk sentiasa ke arah yang lebih baik setiap hari kerana apa yang
mampu mengubah kehidupan dan menjadikan diri kita lebih baik adalah diri kita
sendiri. Semoga bermanfaat!
Sekian, terima kasih.
Kak As (0127707962)
DAFTAR SHAKLEE
#BlogMegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#SetRahmahShaklee2023
#PengedarShakleePasirGudang
Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.
As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH

Comments
Post a Comment