Siapa
pernah kena migrain? Kalau tak pernah kena, Kak As nasihatkan jangan minta nak
kena sebab korang takkan boleh handle bisa migrain ni kalau kena. Jadi entri
kali ni Kak As nak cerita TESTIMONI SHAKLEE tentang MIGRAIN SAYA LENYAP SUDAH.
PENGALAMAN MIGRAIN YANG MENGERIKAN
Kak As
pengidap migrain selama 19 tahun, sejak umur 15 hingga 34 tahun (1994 - 2013). Seminggu mesti
kena sekali, kalau tengah ABC akan kena sampai 4 hari. Dulu-dulu sebelum Kak As
diserang migrain, Kak As akan rasa sakit kepala di bahagian tertentu saja contohnya
kepala sebelah kanan je, rasa sakit itu akan berlarutan dan menjadi semakin sakit
berdenyut jika Kak As tak buat apa-apa maksudnya Kak As tak makan ubat.
Bila dah
masuk 4 ke 5 hari sakit sampai Kak As terpaksa ambil cuti sakit sebab sakit sangat
kepala, tak cukup tidur, rasa loya kadang tu sampai nak muntah. Pernah dulu Kak
As sampai muntah hijau, sedangkan dah 2 hari tak lalu makan, muntah tu akibat
asid perut dah terlalu banyak tidak digunakan sebab tak makan apa-apa. Kak As pula
sejenis yang tak suka makan ubat tahan sakit / pain killer. Kak As lebih suka rawat secara terapi ikut
petua. Tapi kalau kena migrain sampai
muntah, barulah Kak As terpaksa makan ubat tahan sakit (ponstan) sebanyak 2 biji.
Sebelum tu
mari Kak As kongsikan informasi tentang MIGRAIN.
APA ITU MIGRAIN?
Migrain
adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4
-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya.
Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migrain tidak mendatang kesan jangka
panjang yang serius.
APA PUNCA PENYEBAB MIGRAIN?
Menurut
kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila
berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita
berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor
keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami
migrain.
- Kekeringan atau Penyahhidratan - Biasanya di musim panas perkara seumpama ini lebih kerap terjadi kerana kekurangan air atau cecair didalam badan.
- Perokok Pasif - Asap dari rokok dengan mudah mencetuskan migrain dan sakit kepala.
- Stress - Tekanan emosi merupakan faktor psikologi yang menyebabkan sakit kepala Salah satu penyebab umumnya adalah lama di depan komputer tanpa rehat
- Emosi - Fikiran yang bercelaru atau tak menentu
- Penyakit - Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi, kemurungan
- Keadaan setempat - Duduk bertentangan dengan cahaya terang, Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu
APAKAH TANDA-TANDA MIGRAIN?
Migrain
biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache)
pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua
belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda-tanda penyakit migrain yg
berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migrain. Kadang-kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran-pancaran cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.
BAGAIMANA MIGRAIN ITU DIDIAGNOSA?
Selalunya
doktor cuba explore atau mencari kemungkinan-kemungkinan lain penyebab sakit
kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu
doktor akan mengatakan ianya migrain jika :
Anda
mempunyai 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dengan
aura.
Sakit
kepala yg berlangsung antara 4 hingga 72 jam tanpa makan apa-apa ubat.
Rasa loya
dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah
teruk.
BAGAIMANA MIGRAIN BOLEH DIRAWAT?
Migrain
biasanya dirawat dengan ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi.
Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dengan doktor untuk rawatan
lanjut. Migrain juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan keju,
coklat secara berlebihan dan juga bahan perisa tambahan MSG.
Sumber :
Fakta Kesihatan oleh Dr. Zubaidi
CARA MENGATASI MIGRAIN TANPA UBAT
1) Minum air
kosong/ air limau purut/ Teh - kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman
terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua
atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat. Kalau dengan Shaklee kita
ada Performance Drink perisa oren atau lemon yang memang sangat-sangat
menyegarkan dah berkhasiat.
2) Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata - tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata dan rehatkan otot mata punca sakit kepala.
3) Spa/ Stim/ Mandi air panas - Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau boleh hubungi beautician mobile spa BOTG yang ada menawarkan perkhidmatan sauna.
4) Picit/ Urutan kepala - Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.
5) Meditasi/ Tidur - Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.
kredit :
blog kesihatan, aku anak pahang, petua sejagat
BAGAIMANA KAK AS MERAWAT MIGRAIN SENDIRI?
Bila dah
masuk 4 hari Kak As dah tak tahan sakit, Kak As akan mandi dengan air suam.
Kemudian Kak As akan rendam kaki dalam air suam yang diletakkan garam kasar
& halia ditumbuk (sebesar ibu jari kaki). Selepas tu Kak As akan telan 2 biji
pain killer lalu baring dengan meninggikan sedikit bahagian kaki supaya lebih tinggi
daripada kepala. Esok pagi bangun, migrain akan hilang.
Akan tetapi, migrain datang lagi minggu depannya atau bulan berikutnya. Ini memang Kak As tak boleh elak sehinggalah pada bulan Mei 2013, Kak As menjadi ahli Shaklee untuk membeli suplemen & vitamin untuk perbaiki tahap kesihatan.
TESTIMONI SHAKLEE: MIGRAIN SAYA LENYAP SUDAH
Kak
As mula-mula makan Alfalfa complex untuk detox (dari 3 biji hingga 15 biji
sehari secara berperingkat). Masa permulaan makan Alfalfa, kepala Kak As jadi makin sakit sampai tak boleh nak memandu
balik kerja, sampai terpaksa minta tolong kawan drive kan kereta Kak As balik rumah.
Dalam masa
2 bulan baru tak kena migrain, sampai Kak As lupa yang Kak As ni ada migrain. Migrain
kan ada banyak penyebabnya seperti faktor pemakanan, gaya hidup & keupayaan otak berfikir dengan
kerap. Jadi, bila makan Alfalfa kita kena minum air lebih 500 ml dari keperluan
kita, bila cukup air dalam badan, kita mungkin akan kurang makan, jadi otak
kita boleh berfikir dengan lebih tenang.
Selepas 2 bulan barulah Kak As amalkan Set Daily Essential yang terdiri daripada Vita-lea (kini dikenali sebagai Vita-Lize), B complex & Ostenutrix. Hasilnya migrain Kak As semakin pulih dan ditambah pula sakit mild gout pun turut pulih. Migrain Kak As lenyap sudah dan tidak datang menjenguk lagi, ia seolah-olah hilang begitu saja sampai Kak As tak perasaan bila kali terakhir Kak As cuti sakit sebab serangan migrain. Kesan ini selepas 3 minggu Kak As amalkannya.
DAILY ESSENTIAL SET YANG BERJAYA HILANGKAN MIGRAIN
1) Alfalfa
Complex : merupakan akar herba yang tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk
menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Dikenali
sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran
hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu
melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
2) Vita-lize
: merupakan multivitamin yang mengandungi 28 vitamin & mineral yang perlu
untuk kesihatan menyeluruh. Menyokong jangka hayat hati, usus, mata, tulang
& sistem imunisasi.
3) B-complex : penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik, samada dari segi kesihatan jantung, sistesis DNA, menguruskan tekanan, apatah lagi dalam membina tenaga metabolisma.
4) Vitamin C Sustained Released : merupakan antioksidan yang kuat & nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot & pembuluh darah.
5) Ostenutrix : mengandungi 1000mg kalsium, vitamin D, magnesium, zink, copper, manganese & boron untuk membina dan mengekalkan tulang, gigi yang kuat. Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, membantu pengecutan otot & pelancaran saraf, serta mengurangkan simptom seperti senggugut, perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang & kemurungan.
Set Migrain Kak As untuk permulaan masa dulu, sampai sekarang Kak As masih amalkan. |
BADAN SEDANG DALAM PROSES SERASI
Tapi dalam masa 6-12 bulan Kak As akan kena juga serangan migrain mungkin disebabkan tekanan kerja akibat terpaksa berfikir terlalu banyak perkara di dalam bidang kerjaya Kak As. Tetapi pada Kak As ini adalah healing crisis yang akan dialami apabila kita mula makan suplemen Shaklee, kita kena tahan untuk bagi badan kita serasi, sebab badan kita dah terpaksa tahan macam-macam makanan yang tak sepatutnya sebelum ini. Perlu beri masa untuk badan kita detox toksik dan serasi dengan makanan dari sumber alam semulajadi.
Kalau di
bandingkan kita dengan nenek moyang kita 70 -100 tahun dulu, rasanya mereka
tiada migrain kot sebab makan makanan yang segar lagi berkhasiat yang ditanam
dan dimasak sendiri. Bukan macam zaman maju ni yang banyak makanan segera, makanan
proses masuk tin dan sebagainya. Tetapi kita masih ada pilihan nak dapatkan
khasiat dan nutrisi yang cukup melalui suplemen dan vitamin Shaklee.
Alhamdulillah
syukur dengan TESTIMONI SHAKLEE ini asbab Kak As amalkan set ini dan Kak As
tiada walau sekelumit pun perasaan rindu terhadap migrain. Saya bersyukur tiada lagi serangan migrain walaupun saya sentiasa berhadapan dengan tekanan kerja harian. Sejak dari itu, Kak As
dapat meneruskan aktiviti harian dan hobi dengan rasa kesyukuran di atas nikmat
peningkatan tahap kesihatan yang memberangsangkan. Hanya kesihatan sajalah yang
menjadi idaman setiap insan yang sayangkan diri sendiri, keluarga &
masyarakat.
Alhamdulillah, Kak As 3 beranak berjaya mendaki Gunung Lambak buat kali kedua, asbab kesihatan yang baik dengan izin Allah. |
Jom jaga kesihatan. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Boleh hubungi Kak As untuk order suplemen Shaklee anda. Boleh contact tekan sini saja, kita cerita macam mana nak order.
Kak As berharap dengan penulisan entri testimoni ini, Moga dapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com.
Sekian, terima kasih.
Kak As (0127707962)
DAFTAR SHAKLEE
#BlogMegashaklee
#TestimoniShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#PengedarShakleePasirGudang
Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.
As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH
Comments
Post a Comment