5 PETUA AURA CANTIK KU KINI TERBONGKAR

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

As doakan semoga para pembaca sekalian sentiasa sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Anda kaya dan berjaya. Aamiin.

As perlu selesaikan 'hutang' dengan para pembaca sekalian. 

Apa 'hutang'nya??? 
Haaa... hutang entri untuk kongsi petua kesihatan kulit As kini.


CANTIK!!!

Semua wanita sukakan kecantikan. Nak bentuk badan cantik, muka cantik, kulit cantik, macam-macam la semuanya nak cantik.
Cer tengok nih... Siapa lagi cantik??? Cer pilih satu. Hehehe...





KISAH KULIT MUKA KU

Sebelum ini As ada kongsikan kisah perjalanan kecantikan As di sini. As mempunyai kulit berminyak dan sering kali ditumbuhi jerawat.

Nak di jadikan cerita, pada bulan Mei 2014 yang lalu As dalam proses menyiapkan prosedur-prosedur dan dokumen-dokumen untuk menghadapi Audit untuk GMP+B2 Certification yang dijadualkan pada 5 dan 6 Jun 2014.

Disebabkan tekanan kerja yang melampau, As jadi semakin stress. Namun begitu, setiap hari As tidak akan terlepas untuk makan Set Kesihatan Asas. Set ini mengandungi Vitalea, Bcomplex, ESP dan Vita C SR.

Apabila kadar stress semakin meningkat, tanpa disedari beberapa biji jerawat mula tumbuh dengan 'gembiranya' di muka As. Sabar jelah As ketika itu. Dah la stress kerja, ditambah dengan stress jerawat pula.

Mana taknya, selepas tarikh audit tu, As ada majlis National Conference di Sunway Piramid pula pada 7 dan 8 Jun 2014. As ada kongsikan kisah tersebut di sini.

Jadi, takkan As nak naik pentas dengan muka berjerawat bagai. Ish ish ish, sabar jela.

Macam biasa, As picit jela jerawat tu untuk elakkan ia menjadi masak. Sudahnya, muka As pun berparut. Lagi stress. Tapi takpe, As mula memikirkan strategi untuk mengatasi masalah ini. Sudah tiada lagi masa berangan "apa nak buat hek?" Operasi pun dimulakan.

Jom As kongsikan 5 PETUA AURA CANTIK AS.


PETUA AURA CANTIK KU YANG PERTAMA


Detox merupakan perkara yang paling penting. Sebelum kita consume apa-apa suplemen, kita perlu detok dulu. 

Badan kita mempunyai sistem detoksifikasi yang semula jadi. Detox adalah membuang toksin melalui peluh, air besar, air kecil dan pernafasan

Penjelasan lanjut tentang DETOX ada di sini (link ni masih in editing, sabar sat). 

As memilih untuk detox dengan Alfafa complex dan Herblax. Ia juga merupakan item penting dalam Set Kurus yang As amalkan.

Dapatkan info lanjut tentang Alfafa Complex di sini dan di sini.

As makan Alfafa 3-5 biji setiap 30-50 minit selepas makan tengahari dan makan malam.

Pada hujung minggu, As akan makan 2 biji herblax sebelum tidur. Jika As dah makan Herblax, As akan skip makan ostematrik.


PETUA AURA CANTIK KU YANG KEDUA


Petua kedua pula adalah MAKAN. Maknanya As jaga pemakanan As.
Bila kulit muka jenis berminyak, takkan lah As nak makan lagi makanan yang berminyak. 

Kadang-kadang tu termakanlah juga KFC la, Nasi Goreng Kampung la, jemput-jemput la dan apa-apa la makanan yang bergoreng. Tapi As cuba ELAKKAN ataupun KURANGKAN.

As sememangnya akan consume 3 biji Lecithin 30 minit sebelum lunch dan dinner. Manakala 1 biji Omega Guard setiap kali lepas makan (3 kali sehari), kerana ia juga suplemen untuk Set Kurus yang As amalkan. 

Sehingga kini, As masih memiliki berat badan ideal (walaupun ada pertambahan berat berbanding 5 bulan lepas)


PETUA AURA CANTIK KU YANG KETIGA

CLEAN = BERSIH. Maknanya As jaga kebersihan diri. As pernah cerita sebelum ini yang As mandi selama 1 jam semata-mata kerana tabiat nak bersihkan diri. Kalau nak ikutkan memang buruk gak perangai macam tu, tapi hasilnya memang bagus.

Menjaga kebersihan merupakan perkara asas dalam kehidupan individu. Bila kita bersih, kita akan terhindar dari penyakit yang berpunca dari kekotoran seperti keracunan makanan, jangkitan cacing atau kutu dan penyakit kulit seperti kurap, panau atau kudis buta.


PETUA AURA CANTIK KU YANG KEEMPAT

Perkara yang paling mudah adalah menjana AURA. Tetapi ramai yang cakap susah nak ada aura sebab mereka tak tahu cara bagaimana untuk menjana aura dari dalam diri masing-masing.

Ada banyak aura yang kita boleh jana dengan mudah. As lebih suka kepada 2 aura ni, iaitu AURA POSITIF dan AURA CANTIK. Kedua-duanya ada kaitan rapat.

Bagaimana cara untuk menjana AURA POSITIF?
Ini paling senang, semua orang boleh buat punya, ala kacang jek. Cara menjana AURA POSITIF adalah dengan SENYUM. Haaa... mudahkan. Bangun tidur pagi-pagi, mesti bersyukur sambil senyum dulu.

Nanti ada orang tanya pula, bila lagi nak senyum?
Jawapannya bila kita nak jana AURA POSITIF la. Maknanya, bila-bila masa, di mana-mana jua kita berada dan dengan sesiapa saja kita bertemu. Hatta kalau terjumpa orang jahat sekali pun kita kena SENYUM. Kerana dengan senyuman lah, hati menjadi tenang dan AURA POSITIF mudah terjana.

Bagaimana pula cara nak menjana AURA CANTIK?
Ini lagi senang... Jawapannya adalah dengan melakukan amalan rohani sebanyak mungkin. Semua orang tahu kan, apa itu amalan rohani?

Amalan rohani adalah pengisian roh dengan melakukan solat wajib 5 waktu (di awal waktu), perbanyakkan solat-solat sunat, basahkan lidah dengan zikir.

Maknanya As perlu pastikan diri As sentiasa berwuduk. Segalanya ini As sedang perbaiki supaya lebih AURA POSITIF dan AURA CANTIK terjana dari As dan boleh disebarkan kepada orang disekeliling As. 

As semakin seronok dalam menjaga amalan rohani selepas As banyak belajar semenjak As join Maria Firdaus, The Most Fantastic Millionaire Shaklee in Malaysia (MFMS) Empire dan Geng Telegram Usrah Menuju Firdausi.


PETUA AURA CANTIK KU YANG KELIMA
Perkara kelima dalam petua aura cantik As adalah amalan memakan makanan tambahan iaitu SUPLEMEN. 

As yakin semua orang tahu bahawa suplemen bukan lah ubat. Ini adalah 2 perkara yang berbeza. Keterangannya ada tertulis di sini.

Apabila As serasi mengamalkan Set Kurus. dan mendapat hasilnya. Maka As lebih yakin untuk mengamalkan Set Kecantikan seperti di bawah ini. 





TESTIMONI AURA CANTIK KU

Amalan secara konsisten akan memberikan hasil yang diharapkan. Perlu diingat ini suplemen bukannya ubat. Maka hasilnya akan nampak jika kita fokus dengan tujuan kita dan disiplin dengan gaya hidup yang sihat.

Jadual makan suplemen perlu dipatuhi supaya kita dapat merasai perubahannya dari masa ke semasa.

Inilah testimoni yang As kongsikan dengan kawan-kawan sehingga membuatkan mereka geram (hehehe... geramlah sangat). Semuanya berebut2 tanya macam-macam soalan.



KESIMPULANNYA

5 PETUA AURA CANTIK KU KINI TERBONGKAR sudah. As akan kongsikan lagi rahsia yang As amalkan di entri akan datang.

As sedia membantu sesiapa yang berminat untuk coaching AURA CANTIK bersama Supermom.

Caranya mudah saja, hanya taip "Saya nak Rahsia Aura Cantik" dan pm di fb Asnita Baharin atau whatsapp ke 019-7187112. Sila sertakan alamat email dan nombor telefon anda.

Sekian saja entri kali ini. Nantikan perkongsian RAHSIA di entri seterusnya.

Oleh kerana bulan disember yang lepas adalah bulan KECANTIKAN, maka As dah standby stok SET KECANTIKAN secukupnya. 

Maklumlah penjualan Kolagen Powder telah dihentikan bermula Januari 2015 sehingga 9 ke 12 bulan. So memang nangis la kalau tak standby stok kolagen.

Jom cantik dengan harga kasih sayang. Kecantikan adalah hak milik setiap insan, kerana dirimu berhak untuk cantik.

NOW EVERYONE CAN CANTIK.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

Wassalam
 
 #auracantik #aurapositif #positifminded
 As bersedia membantu anda untuk berubah kepada HIDUP LUAR BIASA 
# FREE CONSULTATION # ADDORABLE PRICE # GOOD MENTORING 
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/akak-as

Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.

Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.

Semoga Allah merahmati urusan anda.

Comments

  1. Wah!! Tahniah, kak As.. Terasa auranya ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SMS si cinta hati. Aura cantik ku untuk mu juga ^_^

      Delete

Post a Comment