SUPERMOM, DARI CHEMIST JADI DOKTOR LUAR BIASA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terima kasih kerana sudi melawat blog ashanneeta ini. Semoga kalian sihat sejahtera dilindungi rahmat Allah.
Semoga anda KAYA & BERJAYA di DUNIA & AKHIRAT. Aamiin.

KU TERIMA JEMPUTAN

Hari ini As nak kongsi pengalaman kedua As jadi 'Doktor Luar Biasa'. Haa, apa tu??

As telah dijemput untuk bertugas sebagai pemeriksa kesihatan kepada penduduk Seri Alam sempana Program Mesra Komuniti, Belajar Sepanjang Hayat anjuran Kolej Komuniti Pasir Gudang.

Pengalaman pertama adalah pada Karnival Hari Pekerja anjuran Parlimen Plentong, yang diadakan di Dataran Menara Aqabah, Pusat Bandar Pasir Gudang. As akan kongsikan di entri yang lain.

Begini mulanya...
Suatu hari sedang As bekerja di office, As terima panggilan dari Puan Nor Suzana, staff Kolej Komuniti. Beliau menyatakan hasrat ingin menjemput As untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan pada ketentuan sekian-sekian.

As minta Puan Nor Suzana whatsapp segala details. As mendapatkan segala maklumat penting berkaitan Program Mesra Komuniti, Belajar Sepanjang Hayat sebelum membuat keputusan. Setelah meneliti butir-butir maklumat penting seperti tentatif program, lokasi & aktiviti yang perlu dilakukan, maka As pun bersetuju.

Namun begitu, aktiviti pemeriksaan kesihatan ini akan diadakan sebanyak 3 kali, iaitu pada 3 hari Ahad berturut-turut. Ahad lepas 24 Mei, Ahad akan datang 31 Mei dan 7 Jun. 

Oleh kerana As ada majlis National Conference Shaklee di The Mines Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Jun nanti. Maka, As perlu mencari pengganti As untuk menggalas tanggungjawab pada 7 Jun, hari Ahad terakhir. Syukur Alhamdulillah, rakan As bernama Yana sudi mengambil alih tugas sebagai pemeriksa kesihatan pada hari itu nanti.

Surat jemputan dari Kolej Komuniti

HARI AHAD 24 MEI 2015

Pagi itu, As sempat uruskan satu temujanji dengan prospek yang berminat untuk menyertai program #NECK #NowEveryoneCanKurus yang akan bermula pada 1 Jun ini untuk batch ke-5. 

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. 

Setibanya As di Dewan Serbaguna Seri Alam, Puan Nor Suzana menyambut kehadiran As dengan senyuman manis nya. Oleh kerana As hadir seorang diri, Puan Nor Suzana telah meminta 2 orang pelajar Kolej Komuniti untuk membantu As.

Kemudian 2 pelajar tersebut telah menyapa As, "Selamat Pagi Doktor"
"Alamak, maaf saya bukan doktor, hehehe saya Chemist", jawab As.
Maka mereka memanggil As dengan gelaran Puan. Rasa macam kerja di pejabat kerajaan plak, hehehe...

As sertakan di sini beberapa gambar yang sempat diambil pada hari kejadian Ahad 24 Mei 2015. Aktiviti bermula pada jam 10 pagi. 

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR HARI KEJADIAN

Baru sampai lokasi, sementara nak setting meja, sempat ambil gambar pentas dulu.

Beg ajaib ni, macam-macam benda ada di dalamnya. Beg ni dapat masa National Conferance Shaklee tahun lepas di Sunway Piramid. Tahun ni tak tau warna apa plak.

Meja dah sedia, pelanggan pun dah ada, jom mulakan tugas.

Senarai nama pelanggan yang menjalankan pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dalam darah & sistem dalaman badan secara elektromagnet.

Temubual bersama pelanggan untuk mendapatkan maklumat peribadi mereka. Ada majalah I-SIHAT disediakan untuk bahan bacaan pelanggan yang singgah.

Memasukan data pelanggan ke dalam komputer sebagai database, sebelum pemeriksaan dijalankan. Ada gaya Doktor kan...

Kita ambil tekanan darah dulu ye kakak. Nak panggil makcik tak sesuai, nampak macam As perasan muda la pulak... hehehe
 
'Doktor' As dah siap pasang alat periksa tekanan darah, so kita mulakan ujian ya.


Ujian tekanan darah sedang dijalankan. Maklumat kesihatan pelanggan dicatatkan di dalam borang kesedaran kesihatan yang telah As disediakan.

Menerangkan kepada pelanggan tentang hasil keputusan ujian. Kakak ni siap catit lagi sebab nak tunjuk kat suami beliau.

Kakak ni driver bas sekolah. Sempat lagi singgah untuk pemeriksaan sementara tunggu murid sekolah balik sekolah sesi petang.

PENGALAMAN JADI 'DOKTOR LUAR BIASA'

Selepas 3 jenis ujian dijalankan, As menerangkan kondisi dalaman mereka satu per satu termasuk kandungan kolesterol, komposisi tulang, tahap kesihatan hati, buah pinggang dan juga kesuburan. Anda boleh baca entri tentang kolesterol di sini. (sila klik)

As juga menemuramah pelanggan untuk mengetahui sebarang simptom ketidaksihatan yang mereka alami. Kemudian As mencadangkan suplemen yang perlu mereka amalkan untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan mereka kepada OPTIMUM HEALTH. As sertakan sekeping flyer dan kad nama As untuk rujukan mereka.

Memang serius seronok pengalaman As bertugas sebagai 'Doktor'. Dari jam 10 pagi hingga rehat jam 1 tengahari, memang tak putus-putus pelanggan datang untuk membuat pemeriksaan.

Seronok sampai tak rasa penat dan lapar pun, sedar-sedar dah waktu rehat. As makan nasi ayam yang disediakan untuk petugas.

Selesai solat Zohor, As menyambung kembali tugas sehingga jam 5 petang. Masih ada lagi beberapa pelanggan yang tidak sempat As periksa, namun mereka akan datang kembali di Ahad akan datang di Dewan Serbaguna Taman Cendana pula.

Nantikan kisah akan datang di entri seterusnya.

Semoga As dikurniakan kesihatan yang sejahtera demi membantu meningkatkan kesihatan orang lain. As doakan semoga semua pelanggan tersebut sentiasa sihat dilindungi rahmat Allah. Aamiin.

Sekian sahaja coretan As untuk kali ini. Semoga bersua kembali.

Wasalam,


Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam.

Comments