Tahukah anda, SHAKLEE merupakan sebuah syarikat pengeluar produk yang berasaskan bahan semulajadi dalam usaha meningkatkan tahap kesihatan manusia kepada yang lebih baik selaras dengan prinsip yang dipegang oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.
Shaklee Corporation yang berada di Amerika Syarikat telah ditubuhkan
pada 1 April 1956. Kemudian Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak
syarikat nya telah memulakan operasinya semenjak Ogos 1995 yang berpangkalan di
lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor. Kini Shaklee telah mempunyai
enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di
Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.
Perniagaan berbentuk networking melalui sistem jualan langsung yang digunakan menyebabkan Shaklee mempunyai komuniti bisnes dan komuniti pengguna yang ramai di serata Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya. Perkongsian kesan positif dari mulut ke mulut dan dari blog ke blog membantu capaian pelanggan yang meluas.
Barisan 10 Master Coordinator dalam team Jutawan yang sentiasa bersemangat mengembangkan komuniti bisnes Shaklee |
Di sini saya nak kongsikan 9 sebab kenapa komuniti bisnes Shaklee sangat best.
1) Disebabkan produk Shaklee yang berkualiti tinggi, komuniti bisnes Shaklee bersemangat untuk belajar tentang produk supaya memudahkan mereka berkongsi manfaat produk Shaklee dengan orang lain.
2) Komuniti bisnes Shaklee bijak membuat capaian pelanggan sehingga ke pelbagai pihak seperti badan-badan pengawalseliaan kesihatan, pengamal perubatan, pemain-pemain sukan dan juga selebriti.
3) Komuniti bisnes Shaklee terdiri dari pelbagai peringkat tahap pendidikan dan kerjaya yang sentiasa positif untuk berkongsi ilmu mengikut kepakaran masing-masing, manfaat produk dan keberkesanannya terhadap penggunanya.
4) Komuniti bisnes Shaklee ni best sebab ukhwah yang terjalin adalah sangat2 ikhlas tanpa mengira asal usul, latar belakang, tahap pendidikan, bidang kerjaya & kemahiran. Semua nya saling menyokong antara satu sama lain dengan rasa hormat & berbudi bahasa.
Persaingan yang sihat dalam komuniti bisnes Shaklee mampu mewujudkan gelombang fenomena tentang kesedaran terhadap produk Shaklee melalui Projek Blog Mega Shaklee ini. Prinsip kita menang sama-sama naik sama-sama.
5) Sokongan dan mentoring dari upline tak pernah berhenti walau apa keadaan downline sekalipun kerana setiap upline percaya akan potensi dalam diri setiap anak buah mereka, dan mereka mahu memandu downline mereka untuk sama-sama berjaya seperti mereka atau lebih tinggi lagi.
Dengan kerja keras dan usaha yang gigih, ahli komuniti bisnes Shaklee dapat mencapai kejayaan dan mendapatkan pendapatan yang tinggi dalam bidang perniagaan yang berkaitan dengan kesihatan dan kecergasan manusia.
Sesi bulatan gembira dikalangan komuniti bisnes Shaklee |
6) Dalam komuniti bisnes Shaklee akan sentiasa ada peluang untuk berkenalan dengan ramai rakan baru melalui event yang Shaklee anjurkan seperti BLNC dan juga National Conference. Peluang kami berkenalan dengan pelanggan baru melalui blog dan media sosial menjadikan komuniti bisnes Shaklee ini sentiasa seronok.
7) Komuniti bisnes Shaklee sentiasa berpeluang menyertai kelas-kelas dari pakar nutrisi dan saintis Shaklee yang diterbangkan khas dari USA. Ini menjadikan komuniti bisnes Shaklee komuniti yang berilmu.
8) Para Master Coordinator dalam komuniti bisnes Shaklee sangat-sangat baik hati berkongsi strategi bagaimana untuk mencapai rank-rank tertentu dengan pendapatan yang diinginkan, ahli lain tinggal buat saja, follow saja, duplicate saja apa yang mereka dah sediakan.
9) Komuniti bisnes Shaklee yang layak mengikuti trip percuma tajaan Shaklee juga tidak lokek berkongsi pengalaman seronok mereka dipercutian sana dan sentiasa membantu team mereka untuk capai target supaya boleh sama-sama join trip percuma yang disediakan setiap tahun.
Saya secara peribadi sangat-sangat berbangga
dan seronok berada dalam komuniti bisnes Shaklee ini. Ini merupakan suatu
rahmat dari Allah untuk saya dan seluruh komuniti bisnes Shaklee kerana Allah
pilih kami untuk merasai keunikan menjalankan bisnes Shaklee yang merupakan sebuah
syarikat produk kesihatan pertama di dunia yang mengukir sejarahnya tersendiri.
Ada banyak lagi faktor yang membuatkan komuniti bisnes Shaklee begitu unik dan
seronok serta menarik untuk disertai.
Kesimpulannya, komuniti bisnes Shaklee adalah pilihan yang menarik bagi sesiapa yang mencari peluang perniagaan yang fleksibel, memberikan manfaat kepada kesihatan dan kecergasan manusia, dan memberikan sokongan dan sumber daya yang berkualiti tinggi kepada ahli komuniti Shaklee. Dengan fokus pada produk berkualiti tinggi, model perniagaan yang fleksibel, dan potensi pendapatan yang tinggi, komuniti bisnes Shaklee.
Kak As
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleepasirgudang
Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.
As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH
Comments
Post a Comment