REVIEW & FEEDBACK PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE 1.0 & KENAPA NAK LAGI PBMS 2.0

Projek Blog Mega Shaklee adalah inisiatif yang sangat berjaya dan memberi banyak manfaat kepada komuniti Shaklee dan bagi mereka yang mencari maklumat tentang kesihatan dan kecergasan. Projek ini melibatkan seramai 220 orang ahli dibawah organisasi Euphoria yang juga terdiri daripada penulis-penulis blog popular yang sudi berkongsi maklumat tentang produk Shaklee dan gaya hidup yang sihat.

APA YANG SAYA RASA TENTANG PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE

Nak dijadikan cerita blog lama saya (ashenafi.net) telah tamat tempoh kerana saya lupa nak renew domain dan hosting nya. Apabila saya cuba mendapatnya semula, pelbagai masalah yang timbul termasuklah saya kehilangan semua entri yang saya tulis sebelum ni. Aduh rasa hancur sangat perasaan masa tu, tapi saya sedar kesilapan saya dan saya husnuzon dan saya terus setup blog dari mula dan menulis entri tugasan.

Kemudian, selepas sehari publish entri tugasan, blog saya tu ada masalah lagi,  oleh kerana saya dah tak banyak masa lagi untuk repair sana sini, so saya tulis semula entri tugasan yang pertama yang bertajuk BOLEH KE BERSENAM SEMASA INTERMITTENT FASTING? di blog pertama saya iaitu ashanneeta.blogspot.com.

Alhamdulillah syukur saya dapat selesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Dengan itu saya rasa sangat teruja apabila Projek Blog Mega Shaklee dilancarkan bilamana saya dapat kembali menulis dan berkongsi manfaat dengan gembira.


APA YANG SAYA DAPAT DARI PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE

Saya dapat belajar tentang bagaimana cara menyelesaikan masalah yang apabila blog kedua saya tamat tempoh, semua entri dalam tu hilang, kena mula setup blog baru dari zero. Saya juga dapat belajar bagaimana cara menggunakan SEO dalam penulisan blog dari pakar-pakar blogger hebat dalam group Projek Blog Mega Shaklee ini, terima kasih Master Salwa & Master Kam Maria.

Di samping itu saya belajar menguruskan masa supaya saya dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Yang paling penting saya dapat bersihkan sawang blog saya dengan kembali menulis untuk berkongsi manfaat kepada semua. Dan yang paling seronok sekali saya layak untuk terima hadiah iaitu Nutriferon dari pengasas Projek Blog Mega Shaklee, terima kasih Master Norita.



APA YANG SAYA NAMPAK PADA PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE

Salah satu aspek yang paling menarik tentang Projek Blog Mega Shaklee ini adalah ia memberikan ruang untuk ahli komuniti Shaklee berkongsi pengalaman mereka dalam menggunakan produk Shaklee dan bagaimana produk tersebut telah membantu meningkatkan tahap kesihatan mereka sekeluarga. Ini memberikan maklumat yang sangat berharga kepada pembaca, kerana mereka dapat membaca pengalaman sebenar dari individu yang menggunakan produk Shaklee dan melihat kesan positif yang terhasil melalui testimoni-testimoni yang dikongsikan.

APA YANG SAYA HARAPKAN DARI PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE

Saya mengharapkan Projek Blog Mega Shaklee dapat membantu memperluaskan jangkauan maklumat tentang kesihatan dan kecergasan kepada khalayak pembaca yang lebih meluas dengan menyalurkan maklumat tentang kebaikan produk Shaklee dan gaya hidup yang sihat kepada mereka yang masih belum mencubanya. Ini memberikan manfaat yang besar bagi komuniti Shaklee, kerana ia membantu meningkatkan kesedaran tentang produk Shaklee dan memberikan maklumat yang berguna kepada mereka yang ingin memperbaiki tahap kesihatan mereka.

APA YANG INGIN SAYA SASARKAN MELALUI PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE

Melalui Projek Blog Mega Shaklee akan ada lebih banyak entri ditulis dengan tujuan memberi manfaat kepada ahli komuniti Shaklee di mana kita akan dapat menarik trafik pembaca lama dan pembaca baru ke blog-blog para peserta.

Hasilnya ahli komuniti Shaklee dapat memperluaskan lingkungan perniagaan mereka dengan memperkenalkan produk Shaklee kepada pembaca baru. Ini akan memberikan peluang untuk pembangunan perniagaan dalam komuniti Shaklee samada yang baru atau yang lama.

KENAPA SAYA NAK SANGAT SERTAI PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE SIRI 2.0

Saya mahu menjadi sebahagiaan daripada pencipta gelombang fenomena Shaklee, di mana saya percaya bahawa dengan adanya Projek Blog Mega Shaklee yang kedua ini akan membantu meningkatkan lagi kesedaran tentang produk Shaklee dan gaya hidup yang sihat, serta memberikan manfaat yang besar kepada komuniti Shaklee dan masyarakat umum secara keseluruhan melalui platfom blog. Saya 

APA KATA PESERTA LAIN TENTANG PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE 1.0

Peserta Projek Blog Mega Shaklee kembali bersemangat untuk menulis entri blog

Peserta Projek Blog Mega Shaklee dapat banyak ilmu tentang blogging

Peserta Projek Blog Mega Shaklee ada yang entri nya muncul di muka pertama carian Google. Ada juga yang hampir-hampir tarik diri, namum tetap teruskan penulisan.

Sekian, terima kasih.
Kak As
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleepasirgudang
Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.

As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH

Comments