JOM CAKNA KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING

Apakah itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting adalah corak diet yang melarang pengambilan makanan berkalori pada waktu-waktu tertentu. Namun ia berbeza dengan amalan puasa Ramadan. Diet Intermittent Fasting membenarkan kita minum air masak atau air kosong atau sebarang sumber minuman yang tiada kalori seperti kopi tanpa gula semasa “berpuasa basah”.

Terdapat beberapa jenis atau cara pengamalan Intermittent Fasting.

16 jam berpuasa : 8 jam makan (Ini yang paling popular).

24 jam puasa untuk satu atau dua kali dalam seminggu. Semasa “puasa basah” masih boleh minum air tanpa kalori.

5:2. Lima hari seminggu anda dibenarkan makan seperti biasa, tapi dua kali seminggu anda perlu hadkan pengambilan kalori kepada 500-600kcal sahaja.

Kenapa ramai yang pilih untuk melakukan Intermittent Fasting?

Pastinya adalah untuk menurunkan berat badan. Kerana bilamana badan tiada bekalan sumber makanan dari luar, ia akan mengambil tenaga dari lemak yang tersimpan. Lama kelamaan lemak akan berkurangan, makan berat akan turun dan badan akan menjadi kurus.

Namun jika kita melakukan Intermittent Fasting tanpa ilmu yang betul, kita mungkin akan mengalami kesan yang kurang baik untuk badan kita.

Baru-baru ni Kak As join kelas ilmu Nutrivention secara online oleh Dr.Redza yang merupakan salah seorang saintis di Malaysia dalam bidang nutraceuticals. Beliau membincangkan tentang topik Fasting For Weight Loss dengan. 

Banyak ilmu baru yang Kak As belajar terutamanya berkaitan Intermittent Fasting yang mana sejak kebelakangan ni ia sangat popular dikalangan rakyat Malaysia. Kak As pun tidak terkecuali pernah juga buat IF beberapa kali. 

Namun selepas memahami lebih lanjut, di sini Kak As nak kongsikan apakah KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING BERBANDING PUASA RAMADAN ATAU PUASA SUNAT.

  1. Berpuasa adalah salah satu cara untuk mencapai ketaqwaan kepada Allah. Taqwa bermaksud melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang. Tapi kalau kita buat IF, kita buat tanpa mencapai taqwa kerana tiada niat kerana Allah.
  2. Puasa adalah Rukun Islam ketiga yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam. Kalau buat IF tidak mematuhi apa-apa rukun, sebaliknya kita membudayakan budaya dari barat.
  3. Puasa adalah cara yang membuat kita bersyukur, menghargai dan mengucapkan terima kasih atas kesenangan dan nikmat rahmat yang Allah kurniakan sambil berasa belas kasihan kepada orang miskin. Kalau buat IF mungkin kita akan berasa riak dan berbangga dengan kemampuan kita melakukan IF.
  4. "Puasa adalah perisai kepada api neraka sama seperti perisai mana-mana daripada kamu dalam pertempuran." Seperti sabda Rasulullah SAW, menurut Uthnab ibn Abu Al-Aas (Sunan Ibn Majah). Dengan memenuhi tujuan berpuasa, seorang Muslim akan diberi ganjaran keselamatan di akhirat, perlindungan daripada Neraka dan masuk ke syurga. Tapi kalau buat IF… takde apa-apa perisai sebab tiada landasan Islam di situ.
  5. Jika buat IF kita akan rasa lapar yang membuak-buak dan mengakibatkan kita akan jadi cepat penat dan tidak bertenaga. If juga boleh mengakibatkan kemerosotan tahap kolagen sehingga 90%. Namun dengan berpuasa, semua kesan buruk ini tidak akan berlaku, jika berlaku pun, ia adalah dalam keadaan yang paling minima.
  6. Seterusnya, dengan berpuasa kita akan mencapai tahap AUTOPHAGY 3 kali lebih cepat berbanding kita buat IF. Di mana autophagy akan tercapai apabila IF memasuki tempoh 36 jam tanpa makanan, Namun kita dapat mencapai autophagy pada 12 jam berpuasa saja, MasyaAllah hebatnya Allah menciptakan kesan ini untuk orang yang berpuasa.

Untuk pengetahuan korang, Autophagy adalah proses menyingkirkan toksik terkumpul dalam badan dan mengitar semula komponen sel yang rosak untuk diperbaharui secara biologi. Bahasa mudahnya sel makan diri sendiri untuk hasilkan sel baru.

Antara manfaat Autophagy adalah membantu menghalang penyakit kanser, penyakit inflamasi dan penyakit berkaitan otak, seperti Alzheimer. Autophagy juga mampu membantu mempertingkatkan prestasi otot dan tenaga serta membantu melambatkan proses penuaan. 


Dengan Shaklee ada dua SUPPLEMENT TERBAIK yang dapat membantu mempercepatkan proses Autophagy. Iaitu VIVIX dan COQ TROL.


Alang-alang dah nak puasa ni boleh la gabungkan 2 item ini dengan SET PUASA SHAKLEE atau SET KURUS SHAKLEE untuk kesan penurunan berat badan yang lebih optimum.

Sila hubungi Kak As untuk dapatkan produk Shaklee anda sementara stok masih ada. Mari dapatkan kesihatan yang lebih baik, dengan ikhtiar mengamalkan produk Shaklee.

Sekian, terima kasih.
Kak As (0127707962)
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleepasirgudang

Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.

As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH

 

Comments

  1. Wahhh.. bestnya produk Shaklee dapat bantu optimumkan proses autophagy.

    ReplyDelete

Post a Comment