Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. Hari ni kita dah berada di satu per tiga bulan Ramadan 1444 Hijrah. Hari ni Kak As nak share beberapa IDEA MENU SAHUR SIHAT cara Kak As. Bismillahhirrahmannirrahim.
Kebiasaannya Kak As sekeluarga memang akan bersahur dengan
SET PUASA SHAKLEE. Tetapi kadang-kadang anak-anak Kak As nak makan juga menu
lain. Jadinya samada kami recycle menu baki dari lauk berbuka semalamnya atau kami
masak yang simple simple je untuk sahur.
JOM TENGOK MENU SAHUR SIHAT KAK AS |
1) BAYAM CENDAWAN
Bahan-bahan: Bawang Merah 4 biji, Bawang Putih 2 ulas, Cili Padi
ikut suka nak pedas macam mana, Bayam seikat (bayam hijau atau bayam merah
dua-dua boleh), cendawan telinga tikus (kering) segenggam, telur 3 biji.
Cara memasak: Goreng telur style dadar, kemudian hancurkan
sedikit, pastu ketepikan. Tumis bawangs hingga naik bau, letak cili padi,
perisakan dengan sedikit sos tiram, kicap cair, minyak bijan, boleh tambah air
sedikit nak bagi basah-basah. Letak cendawan, kacau & tunggu masak kejap.
Dah boleh matikan api dan letak bayam. Taburkan secubit garam Himalaya.
Dah siap boleh hidang dan makan. |
2) BUBUR NASI AYAM
Bahan-bahan: Beras ½ cawan, Air 3 cawan, Isi Ayam 600g
dicincang, Bawang Putih 6 ulas, Bawang Merah 9 biji, Daun Sup, Daun Bawang.
Cara memasak: Masukkan beras yang telah dibasuh, air, isi
ayam dalam periuk nasi. Kemudian masak sehingga beras jadi bubur. Kak As guna
noxxa, set HP 9 minit.
Sementara tunggu bubur masak, boleh goreng semua bawangs yang
dihiris halus. Boleh sediakan juga sambal kicap ikut cara masing-masing. Kak As
makan tabur cili padi je.
Bila nak makan letak bubur dalam pinggan atau mangkuk,
taburkan secubit garam Himalaya, tabur kan daun sup, daun bawang yang dihiris
dan juga bawangs goreng serta cili padi atau cili flakes atau sambal kicap.
3) BEGINNER GREEN JUICE
2 Batang saderi, 1 batang timun jepun, 1 biji epal hijau, segenggam
Kale / baby bayam, seinci halia, setengah biji lemon, 1-2 pokok daun parsley
atau daun ketumbar. Kisar semua bahan hingga halus. Letak sesudu madu dan
secubit garam himalaya dan DAHHH SIAPPP dah boleh minum, memang menyegarkan.
4) CROISSANT TELUR
Croissant bakar kejap, belah 2, letak telur hancur 2 biji
(tabur secubit garam Himalaya selepas telur masak), tambah apa-apa salad, Kak
As guna baby bayam je, dah siap boleh makan, tak perlu tambah apa-apa sos.
5) NASI LEMAK
Nasi lemak style Kak As simple je, beras 2 cawan, santan
200ml 1 kotak, air 2 cawan, tabur halba, bawang besar hiris, garam kasar
secukup rasa.
Masa nak makan ambil nasi 2-3 sudu je, makan dengan sambal tumis ikan bilis, ayam goreng
boleh, telur rebus boleh, telur mata pun boleh ikut selera masing-masing, tapi
pastikan ada sayur samada kangkong tumis, kangkong celur, timun, brokoli stim
atau salad. Dah kenyang.
Makan sahur dari lebihan berbuka |
6) SUP SOOHOON
Ni buat lauk tengahari masa raya nanti pun sedap ni. |
7) SMOOTHIE KURMA
Bahan-bahan: ½ kotak susu segar, 9-15 biji kurma dibuang
biji dicuci dan direndam dalam secawan air panas lebih kurang 15 minit, beberapa
ketul ais dan 3 sudu makan ESP.
Kisar halus semua bahan termasuk ais dan air rendaman kurma. Dah siap boleh minum. Tak perlu tambah apa-apa perisa atau pemanis sebab dah ada rasa manis dari kurma.
Selain dari sahur dengan cinch shake, yang ni pun kami sekeluarga suka. |
Cukuplah dulu 7 idea MENU SAHUR sihat cara Kak As untuk anda cuba di rumah masing-masing. Menu-menu ni bukan saja sesuai untuk sahur, boleh juga dipelbagaikan di waktu moreh atau sarapan selepas bulan Ramadan nanti, insyaa Allah.
Kak As (0127707962)
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleepasirgudang
Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.
As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH
Comments
Post a Comment