INSENTIF SHAKLEE BUAT PENGEDARNYA TAK SENANG DUDUK

April 2023 merupakan bulan pertama untuk cycle baru bagi Shaklee Fiscal Year 2023/2024. Kitaran ni adalah sehingga Mac 2024. Bila masuk kitaran baru ni, Shaklee dengan berbesarhati menawarkan INSENTIF SHAKLEE dalam bentuk cash bonus tambahan. WOW sapa nak bagi weh duit extra selain dari cash bonus hasil jualan produk kan… Ini mesti semua pengedar Shaklee tak senang duduk ni.

Begini kisahnya, pada Sabtu yang lepas bertarikh 15 April 2023, kami para pengedar sah Shaklee yang di bawah naungan kumpulan sokongan Euphoria (di bawah kelolaan Master Norita yang penyayang) telah menghadiri sesi penerangan tentang program baru Shaklee ni secara online.

Program Insentif Lapangan (FIELD INCENTIVE PROGRAM FY2024) ini telah diterangkan oleh BDM Puan Amalia yang cantik selama hampir sejam. Dalam tempoh itu, kami semua teruja dengan insentif yang Shaklee tawarkan. Meh Kak As kongsikan serba sedikit intipati program ini.


PROGRAM INSENTIF SHAKLEE LAPANGAN KATEGORI PERTAMA

Untuk kategori pertama ini, ia terbuka kepada semua SID yang baru mendaftar atau yang sudah lama menjadi ahli namun belum pernah mencapai sebarang pangkat dalam Shaklee. Syarat paling minima untuk layak INSENTIF SHAKLEE ini adalah anda mesti naik ke pangkal Supervisor. Apakah itu pangkat Supervisor?

Syarat untuk rank up ke pangkat Supervisor adalah, anda berjaya mencapai GUV (group UV) sebanyak 3000uv (anggaran jualan kumpulan sebanyak RM10K) dalam tempoh sebulan.

Di sini anda perlu rank up Supervisor pada bulan April atau Mei atau Jun 2023, dan kekal effective untuk 2 bulan seterusnya berturut-turut. Anggaran purata pendapatan bulanan Supervisor adalah RM1500 keatas.

PROGRAM INSENTIF SHAKLEE LAPANGAN KATEGORI KEDUA

Ini bagi mereka yang dah pernah rank up Supervisor sebelum-sebelum ini, tetapi tidak dapat effective secara konsisten. Anda diwajibkan untuk effective pada rank Supervisor pada 3 bulan berturut-turut bermula April ini dan seterusnya Mei dan June 2023.

Atau anda juga boleh rank up Senior Supervisor dalam bulan April atau Mei atau Jun 2023, dan kekal effective untuk 2 bulan seterusnya berturut-turut. Anggaran purata pendapatan bulanan Senior Supervisor adalah RM3000 keatas.

BILA SHAKLEE AKAN BAYAR WANG INSENTIF INI?

Setelah anda memenuhi syarat-syarat minima untuk kelayakan insentif ini, pihak Shaklee akan membuat semakan terperinci terhadap ketulenan proses anda rank up dan effective sebelum mereka mengkreditkan wang insentif sebanyak RM600 ke akaun anda masing-masing pada bulan berikutnya.

Antara perkara yang pihak Shaklee perlu pastikan adalah para SID mematuhi segala peraturan P&R yang telah Shaklee tetapkan. Salah satu peraturannya adalah SID tidak dibenarkan membuat penjualan produk Shaklee melalui laman e-commerce seperti Shopee, Lazada, Amazon dan sebagainya.

Sekiranya anda melanggar peraturan P&R ini dan anda tertangkap, anda akan berdepan dengan tindakan tertentu dan sekali gus membatalkan kelayakan anda untuk menerima wang INSENTIF SHAKLEE sejumlah RM600 itu.

APAKAH FAEDAH PROGRAM INSENTIF SHAKLEE INI?

  1. Kita akan dapat pendapatan tambahan RM600 bersama cash bonus hasil jualan bulanan. Kita boleh gunakan wang tersebut untuk perbelanjaan seisi keluarga atau menyimpannya untuk tabung kecemasan.
  2. Kita boleh susunatur jadual kerja BISNES ONLINE kita sendiri mengikut kesesuaian masa kita samada secara fulltime ataupun partime.
  3. Kita merupakan BOSS untuk bisnes online kita sendiri. Kita yang menentukan berapa hasil jualan dan pendapatan yang kita mahukan untuk bisnes kita.
  4. Kita akan bekerja dengan golongan orang yang kita kenal, suka dan yang bersemangat menjalankan bisnes online Shaklee untuk mencapai impian hebat masing-masing.
  5. Kita dapat terus memberi manfaat kepada semua orang dengan membantu mereka mendapatkan kesihatan yang lebih baik dengan mengamalkan SUPLEMEN TERBAIK.
  6. Dengan bisnes Shaklee ini, kita juga dapat menjana pendapatan setara dengan pendapatan golongan bekerjaya professional. Kita boleh jadi Pengedar Shaklee bergaji CEO.


APA LAGI INSENTIF DARI SHAKLEE?

Melalui program ini, jika kita membantu ahli baru di bawah organisasi kita untuk rank up ke pangkal Supervisor sekurang-kurangnya di dalam tempoh bulan April atau Mei atau Jun 2023, dan terus membimbing mereka untuk kekal effective selama 2 bulan berturut, sehinggakan mereka layak menerima wang insentif Shaklee RM600. 

Pihak Shaklee akan memberikan kita 20 mata tambahan untuk conference point Shaklee bagi tujuan kelayakan Conventional Trip percuma dari Shaklee. Nampak tak ada WIN-WIN SITUATION di situ. Kita sama-sama usaha dan kita sama-sama dapat hasilnya dengan berkat izin Allah. 


Amacam? Dah tak senang nak duduk kan... Jom bersama Kak As, boleh contact tekan sini saja, kita bincang step seterusnya. Kita buat dulu dan percaya je, tak payah la nak fikir lama-lama sangat.

Sekian, terima kasih.

Kak As (0127707962) 
DAFTAR SHAKLEE

#NextLevelBlogging
#BlogMegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#SetRahmahShaklee2023
#PengedarShakleePasirGudang

Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.

As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH

Comments