KETAHUI 30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADAN



Sementara kita masih di bulan puasa ni, makanya Kak As nak kongsikan sedikit nota yang Kak As catat dari perkongsian Kuliah Muslimah pada Sabtu, 13 Jun 2015 yang lalu di Surau Al Mustaqim. Kuliah disampaikan oleh Ustazah Noraini.

Semoga ini menjadi renungan kita bersama dan bahan untuk kita bermuhasabah diri di bulan yang penuh berkat.

  1. Tilawah Al-Quran sejuzuk sehari paling kurang.
  2. Solat Tarawih minima 8 rakaat setiap malam.
  3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
  4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
  5. Solat fardhu 5 waktu berjemaah setiap hari.
  6. Solat Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
  7. Solat Sunat Dhuha setiap pagi.
  8. Sedekah setiap hari minima seringgit.
  9. Pastikan sahur setiap hari.
  10. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
  11. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
  12. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
  13. Kurangkan ziarah ke bazar Ramadan.
  14. Pilih makanan sunnah sebagai menu berbuka dan bersahur harian.
  15. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.
  16. Jauhkan aktiviti yang lagha.
  17. Zikir harian, banyakkan berdoa.
  18. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70 kali dalam sehari.
  19. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
  20. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
  21. Menjaga dan menghubung silaturrahim
  22. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna (bukannya berpakaian tapi bertelanjang)
  23. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.
  24. Tidak berlebih-lebihan mahupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.
  25. Perbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat rawatib.
  26. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutamanya suami & anak-anak lelaki)
  27. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
  28. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.
  29. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
  30. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.
Belajar ikhlaskan hati kerana Allah dan hadirkan Allah di dalam hati kita. Berusaha untuk menjalani segala ibadah di bulan Ramadan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita, Nauzubillah.

Untuk membantu kelancaran puasa dan amalan ibadah kita, boleh lah cuba amalkan SET PUASA SHAKLEE dan mencuba mana-mana resepi Cinch Shake yang dijamin sedap untuk dinikmati di bulan Ramadan dan seterusnya.
Sekian, terima kasih.
Kak As (0127707962)
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleepasirgudang

Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.

As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH

Comments