Raya raya raya… Selamat Hari Raya… Kak As ucapkan kepada semua… Bila cerita pasal raya, mesti terselit sekali topik HARI RAYA OPEN HOUSE kan. Open house dan hari raya memang tak dapat dpisahkan. Sudah menjadi tradisi rakyat di Malaysia untuk mengadakan open house pada hari raya. Yelah raya kan sebulan, so akan ada 4 minggu yang padat dengan jemputan open house hari raya.
Antara menu
yang biasa dihidangkan ketika open house adalah seperti ketupat, rendang ayam
atau daging, kuah lodeh, lontong kering, nasi ayam, mee rebus, lemang dan
serunding, nasi briani dan kurma daging, nasi tomato dan ayam masak merah, pulut
kuning, soto, dan macam-macam lagi. Ini baru contoh menu makanan utama, kita
boleh cerita lagi kudap-kudapan sampingan seperti kuih muih dan segala bagai
pemanis mulut.
Fuhhh,
memang seronok kan dapat menu raya macam ni kan. Tetapi bagaimana jika kita tak
sempat nak sediakan makanan macam ni. Kak As nak kongsikan dua menu simple yang
boleh kita sediakan jika kita nak buat open house terkejut. Maksudnya kalau ada
kenalan nak datang beraya dalam masa terdekat dan kita tak sempat nak order
makanan macam-macam, kita boleh cuba menu ni. Insyaa Allah, Kak As bagi menu
yang sesuai dan mudah untuk disediakan serta ia memberi kelainan kepada para
tetamu.
NASI IMPIT
KUAH KACANG
Caranya
mudah saja, beli nasi impit yang dah siap masak kat kedai. Kalau kat Pasir
Gudang ni, memang selalu ada je nasi impit di jual di kedai Acheh. Seketul
besar RM2.50 sahaja. Kalau rajin beli yang nasi impit segera tu pastu kena rebus la 1- 2 jam sampai betul-betul kembang. Pastikan sejukan dulu sebelum dihidangkan.
Kemudian
buat kuah kacang simple ikut resepi berikut. Resepi ni kawan Kak As bagi, tapi
Kak As olah sedikit ikut selera tekak Kak As.
Bahan-bahan dan cara-caranya:
1 cawan
kacang tanah, dibilas kejap dan ditoskan, kemudian digoreng dengan sedikit
minyak, lepas tu disejukan sebelum dikisar.
3 biji
bawang merah kecil + 1 biji bawang putih + sebatang serai, bahagian atas dikisar
dan bahagian bawahnya dititik + setengah inci halia + setengah inci lengkuas. Kisar
semua bahan ni dan tumis sekejap dengan sedikit minyak (biasanya Kak As guna
minyak bekas goreng kacang). Lepas tu tambah 1/2 cawan cili kisar/cili boh.
(kalau nak pedas tambah lagi). Tumis sampai pecah minyak.
Kemudian
masukkan 1-2 sudu udang kering direndam kemudian ditumbuk atau 1/2 cawan daging
kisar. Tumis lagi sampai naik bau. Next masukkan 1 keping asam keping + air 3
cawan (yang ditapis dengan Get Clean Water Pitcher) + seketul gula kerek/nisan
(agak-agaklah nak manis macam mana).
Biarkan
mendidih, agak-agak air dah berkurang tinggal 2/3, boleh masuk kacang kisar yang
dah disediakan sebelum ni. Perasakan dengan garam. Guna api kecil bila dah
masukkan kacang, renehkan sekejap sementara nak adjust rasanya. Okay dah siap…
makan dengan nasi impit.
Kalau nak
buat banyak, darab je sukatan ni. Boleh disejukbekukan, bila ada tetamu datang
just panaskan saja dan tambah sedikit air. Boleh juga dimakan bersama tahu goreng,
tempe goreng atau jemput-jemput bawang.
Nasi impit & kuah kacang (Gambar sumber google sebab tak sempat nak ambil gambar sendiri ^_^) |
JEMPUT-JEMPUT KELAPA
2 cawan tepung gandum + 1/2 cawan tepung beras + 2 cawan air (yang ditapis dengan Get Clean Water Pitcher) + 2 cubit garam halus (Kak As guna garam bukit Himalayan yang warna pink tu). Gaul sebati kemudian tambah 1 cawan kelapa parut putih, gaul lagi.
Lepas tu goreng dalam minyak panas, sama cara macam goreng cekodok
pisang. Goreng hingga kekuningan, balik-balikkan bagi semua bahagian masak dah
boleh angkat dan toskan minyaknya. Dah siap… boleh makan dengan kuah kacang
tadi atau makan begitu saja pun sedap. Tetamu anda pasti syok punya la layan menu rare macam ni.
Jemput kelapa (Gambar sumber google juga sebab tak lupa nak snap ^_^) |
Ok selamat mencuba. Tapi sebelum Kak As akhiri entri ini, izinkan Kak As kongsi 7 adab ketika menghadiri HARI RAYA OPEN HOUSE di rumah kenalan kita.
- Jaga niat
- Jaga aurat
- Jaga akhlak dan tatasusila
- Jaga solat
- Tepati masa dan jaga masa
- Hormati tuan rumah
- Jaga adab makan
Untuk
penjelasan lanjut, anda boleh baca di entri berikut; 7 ADAB KETIKA MENGHADIRI MAJLIS HARI RAYA OPEN HOUSE
Sekian, terima kasih.
Kak As (0127707962)
DAFTAR SHAKLEE
#BlogMegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#SetRahmahShaklee2023
#PengedarShakleePasirGudang
Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.
As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH
Wahhh nampak sedap nya nasi Impit kuah kacang tu..
ReplyDeleteMemang sedap, boleh cuba tu, mudah je 🥰
Delete