Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaNya, kita semua dapat menyambut hari raya pada 1 Syawal 1444H bersamaan 22 April 2023 pada Sabtu yang lepas-lepas. So Kak As dengan berbesarhati nak SIMPAN SINI MEMORI AIDILFITRI 2023 SEBAGAI KENANGAN. Dalam entri kali ni Kak As nak kongsikan serba sedikit cerita hari raya Kak As sekeluarga dan beberapa gambar koleksi hari raya Aidilfitri 2023.
CERITA SEBELUM RAYA
Beberapa
hari sebelum raya, memang kecoh sana-sini, bila raya? hari apa raya? Jumaat ke
Sabtu. Kak As pun dah standby beli bahan mentah untuk lauk raya pada hari Rabu
19 April. Pastu anak-anak Kak As mula menganyam ketupat pada 20 haribulan. Kami
juga dah siap sedia dengan CHECKLIST PERSIAPAN HARI RAYA DENGAN SHAKLEE.
Bila tiba
masa nak dengar pengumuman raya, sakan kami semua tunggu depan tv.
Alhamdulillah Sabtu raya. So simpan semua bahan mentah, esok je la kami start
masak. Kalau raya Jumaat, memang kelam kabut la nak bersilat bagai di
dapur lepas dengar pengumuman raya tu.
Usai subuh pagi Jumaat
kami pun mulakan tugas masing-masing seperti isi beras dalam ketupat, siang bawang
rempah segala, potong daging, siang sayur. Kak As terus masak lauk raya sampai
siap. Petang tu Kak As bungkuskan dan Along hantar ke rumah ipar duai. Kami pun
berbuka puasa terakhir tu dengan lauk raya, ada ketupat, rendang daging paru,
sambal goreng, kuah kacang.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Hari raya
tahun ni giliran Kak As beraya di rumah mentua di Taman Mawar, dan yang kurang seronoknya
sikit sebab suami Kak As kena bertugas dari sebelum raya hingga raya ke-6 kerana
memberi laluan giliran pegawai lain bercuti raya. Next year turn suami plak
cuti dan Kak As akan beraya belah Kak As di Kuala Lumpur, insyaa Allah.
Oleh kerana
kami beraya berjauhan, so Kak As bawa anak-anak ke ofis suami selepas solat
sunat AIDILFITRI untuk kami makan bersama dan bergambar.
Kak As juga buat video call dengan emak yang beraya dengan Angah, dan adik beradik Kak As yang beraya di rumah mentua masing-masing.
Alhamdulillah raya pertama berjalan dengan lancar. Kami balik rumah berehat, esoknya kami dah mula berpuasa sunat 6 Syawal. Macam Kak As kena qada puasa dulu lepas tu baru sambung puasa 6, harap-harapnya sempat.
Gambar raya keluarga adik-adik ipar Kak As |
HARI RAYA KEENAM
Khamis 6
Syawal, Kak As dah mula cuti dan kami ke Melaka dan menginap di homestay untuk
transit. Sebelum magribh kami bergerak ke Seremban untuk beraya rumah kawan
baik Kak As masa di UTM. Alhamdulillah kami bersua muka lagi selepas 7 tahun
last kami jumpa di Pasir Gudang. Alhamdulillah anak-anak kami dah besar panjang
dan sebaya plak tu. Siap pasang impian nak berbesan lagi hehehe…
Di rumah best friend Kak As, Wanie dan suaminya Fairul. Kebetulan kami pakai merah walaupun tidak berjanji, best friend la katakan... |
Keesokkan
harinya kami ke Tampin untuk beraya dengan mak Kak As yang tinggal sementara
dengan adik. Alhamdulillah mak sihat ikut kemampuannya dan masih dalam proses pemulihan.
Mohon kalian doakan kesihatan mak Kak As ye.
Dapat beraya dengan Emak & Nan walaupun sekejap |
Begitulah
serba sedikit kisah raya kami dan insyaa Allah ada lagi cerita raya sebab masih
lagi dalam bulan Syawal ni, raya kan sebulan…
Dah masuk bulan Mei ni, jangan lupa PROMO MEI yang memang menarik.
Sekian, terima kasih.
Kak As (0127707962)
DAFTAR SHAKLEE
#BlogMegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#SetRahmahShaklee2023
#PengedarShakleePasirGudang
Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.
As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH
Comments
Post a Comment