Menurut
kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Evolusi bermaksud “perkembangan secara
beransur-ansur, terutamanya pada bentuk yang lebih kompleks”. Makanya EVOLUSI
MULTIVITAMIN SHAKLEE merupakan perkembangan dan juga penambahbaikan multivitamin
pertama di dunia yang dipertingkatkan demi memenuhi keperluan nutrisi manusia
untuk kesihatan yang optimum.
ADAKAH RAKYAT MALAYSIA MENGAMBIL NUTRISI YANG CUKUP SEHARIAN?
Berdasarkan kajian nutrisi golongan dewasa Malaysia (MANS) pada tahun 2014 menunjukkan bahawa hanya 41% yang makan 2 hidangan buah-buahan sehari, hanya 26% yang makan 1-3 hidangan produk tenusu sehari dan hanya 18% sahaja yang makan setengah hidangan bijirin dan kekacang setiap hari.
Ini membuktikan bahawa kebanyakan
rakyat Malaysia tidak mengambil makanan yang kaya vitamin dan mineral dengan
mencukupi setiap hari.
APAKAH KESAN KEKURANGAN NUTRISI (MIKRONUTRIEN)?
- Kekurangan kalsium boleh sebabkan jari kebas dan denyutan jantung tidak normal.
- Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan masalah tulang dan perubahan mood yang tidak stabil.
- Kekurangan folat boleh mengakibatkan risiko kecacatan pada kandungan, sakit perut dan cirit-birit.
- Kekurangan zat besi boleh menjadi punca kelesuan, sesak nafas, kuku rapuh dan sejuk tangan-kaki.
BAGAIMANA MAHU DAPATKAN BEKALAN NUTRISI YANG MENCUKUPI?
Zat besi :
1 cawan kubis brussels
Vitamin C :
2 biji oren saiz sederhana
Vitamin D :
5 cawan susu difortifikasi
Vitamin E :
31 biji kacang badan dipanggang
Vitamin A :
10 cawan brokoli
Tiamin : 2
cawan bijirin difortifikasi
Biotin : 2 biji telur
Asid Pantotenik : 17 cawan cendawan
Kromium :
200 gelas anggur
Magnesium :
1.5 hidangan kekacang campuran
Persoalannya, mampukah kita makan semua ni dalam sehari?
APAKAH YANG KITA PERLUKAN?
Kita perlu
makan 2 tablet MULTIVITAMIN SHAKLEE setiap hari untuk mendapat bekalan 25 jenis
vitamin dan mineral penting termasuk 600 mcg asid folik dan vitamin B. Dengan
sistem penghantaran salutan mikro berpaten yang direka khas untuk memastikan
penyerapan asid folik secara optimum.
APAKAH KEBAIKAN MENGAMBIL MULTIVITAMIN SHAKLEE SETIAP HARI?
- Kita dapat mengisi jurang kekurangan nutrisi sekiranya kita tidak mengambilnya dari pemakanan normal.
- Tahap tenaga kita dapat dipertingkatkan, khususnya kaum lelaki yang sentiasa bergerak aktif.
- Boleh menambahbaik mood seharian kita, terutamanya kaum wanita yang multitasking.
- Dapat mengurangkan tekanan dan kebimbangan akibat dari kesibukan seharian.
APAKAH KEISTIMEWAAN MULTIVITAMIN SHAKLEE?
Pada tahun
1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta multivitamin pertama di dunia (di Amerika
Syarikat Ketika itu). Hasil inovasi lebih daripada 100 tahun, kini MULTIVITAMIN SHAKLEE ini dikenali dengan nama VITA-LIZE (sebelum ni namanya adalah Vita-lea
Iron Plus).
Dengan pertambahan kuantiti Vitamin D dan asid folik, serta Vitamin K diperkenalkan dalam multivitamin Shaklee ini, menjadikan mereka-mereka ini akan mendapat khasiat yang lebih lengkap untuk keperluan nutrisi harian.
SIAPA YANG PERLU AMBIL VITA-LIZE?
✅Dewasa yang sibuk ✅Dewasa yang kurang berat badan ✅Dewasa yang aktif ✅Dewasa yang tertekan ✅Dewasa dengan diet yang tidak seimbang ✅Ibu hamil dan menyusu
MAKA PILIHLAH VITA-LIZE MULTIVITAMIN SHAKLEE TERBAIK DI PASARAN
Anda boleh dapatnya pada awal bulan Julai nanti dengan pembelian secara normal atau anda juga boleh lakukan RENEWAL MEMBERSHIP SHAKLEE secara percuma.
Okay sekarang anda dah boleh bersiap sedia modal dan hubungi Kak As nanti bila stok Vita-Lize tersedia untuk jualan. Boleh contact tekan sini saja, kita cerita macam mana nak order.
Sekian, terima kasih.
Kak As (0127707962)
DAFTAR SHAKLEE
#BlogMegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#SetRahmahShaklee2023
#PengedarShakleePasirGudang
Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.
As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH
Comments
Post a Comment