Semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) diisytiharkan oleh PM Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, pada tanggal 16 Mac 2020 jam 9 malam, semua rakyat Malaysia tak boleh
ke mana-mana termasuklah tak boleh travel dalam dan luar negara.
Tapi
selepas musim PKP berakhir, semua macam cacing kepanasan nak travel sana sini. Bila
nak travel ni memang akan memakan belanja sejumlah wang mengikut lokasi nak
pergi travel yang kita nak pergi tu. Jadi hari ni Kak As nak kongsikan EMPAT TIPS TRAVEL YANG TERPALING RAHMAH bagi mereka-mereka yang suka nak travel tapi
kedekut budget nak belanja besar.
Jangan
risau, Kak As ada idea untuk itu sebab Kak As pun sejenis yang macam ni, hobi nak
travel tapi nak jimat dan cost effective. So TIPS TRAVEL ni mungkin sesuai
untuk anda juga. Jom…
PERTAMA: TENTUKAN OBJEKTIF TRAVEL
Tentukan objektif
untuk travel bercuti adalah sangat penting supaya kita tahu apa tujuan kita
travel. Tidaklah kita travel tanpa arah tujuan dan akan menyebabkan pembaziran.
Antara objektif yang biasa adalah seperti balik kampung untuk beraya atau ada
jemputan kahwin, bawa anak-anak bercuti sekolah, pergi honeymoon atau sambut
anniversary, ikut trip syarikat atau group bisnes partner, berkursus untuk
tempoh yang panjang, dan macam-macam lagi.
Macam Kak
As suka travel 2 dalam 1, contohnya pergi kursus sambil balik kampung kejap,
ini bergantung pada masa juga la, kalau sesuai kita on. Kalau tak, Kak As akan bercuti
untuk berehat je sambil luangkan masa dengan keluarga. Konon macam nak ganti
balik masa yang kita sibuk dengan urusan kerja tu la.
KEDUA: PILIH DAN KAJI LOKASI
Bila dah
ada tujuan atau objektif, sekarang kita boleh pilih lokasi di mana kita nak
travel. Bagi yang ikut trip syarikat atau group bisnes dan juga yang kena berkursus,
mereka dah tak perlu nak fikir pasal lokasi kerana ianya telah ditentukan dan
diuruskan oleh pihak penganjur.
Jadi yang nak travel sendiri ni kenalah pilih
sendiri lokasi anda nak pergi bercuti tu, samada luar atau dalam negara (kalau
nak yang Rahmah, dalam negara dah cukup dah), nak check in hotel ke, pergi kawasan
dekat dengan pantai ke, atau nak kawasan kampung-kampung ke… termasuk sekali
nak arah mana; utara, selatan, timur, barat Semenjung Malaysia atau Sabah
Sarawak ke. Kenderaan apa nak naiki pun kena ambilkira juga.
Buat kajian
tentang lokasi yang dipilih. Apa tempat menarik yang ada, apa aktiviti yang
boleh anda lakukan, apa makanan yang sedap di sana, berapa harga sesuatu yang akan
dibayar, ada kedai runcit berdekatan ke, ada majlis atau acara yang kita boleh
sertai ke, macam-macam la.
Macam Kak
As suka pilih homestay kampung untuk menginap sebab suasana itu sangat berbeza
dengan kediaman harian Kak As, so ia akan menjadi lebih menarik bila kita
bercuti dengan sesuatu yang lain dari kebiasaan kita.
KETIGA: BUAT TENTATIF PROGRAM
Seterusnya
buat tentatif program travel yang melibatkan bila tarikh nak travel, masa
perjalanan, siapa peserta yang terlibat, masa nak buat aktiviti, masa nak rehat
dan solat, masa makan, masa tidur, dan masa perjalanan pulang ke tempat asal.
Macam Kak
As akan cuti yang ngam dengan cuti semester anak-anak, tempoh dalam 2-4 hari,
cuti dekat-dekat je supaya jimat masa perjalanan, cari tempat makan sedap-sedap
untuk sekali 2, kemudiannya akan masak sendiri dengan bekal yang kami bawa dari
rumah.
KEEMPAT: BUAT RANCANGAN BELANJAWAN
Ini TIPS TRAVEL
terpenting iaitu budget, lagi jauh lagi mahal, so pilih yang dekat aje. Lagi lama
lagi banyak kos, so 2-4 hari sudah memadai. Makan luar selalu memang seram
kosnya, so boleh pilih yang mana nak makan luar dan yang mana nak masak sendiri.
Macam Kak
As sebab nak Rahmah kan, biasa breakfast & dinner atau masak sendiri tengok
keadaan juga, kadang tu lunch masak then dinner plak makan luar. Tengok budget
kita lah. So bila dah tentukan rancangan nak travel tu dah boleh mula menabung
mengikut rancangan belanjawan kita tu. Jangan lupa sediakan pelan kecemasan
sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, Wallahhualam.
Travel
bercuti ni adalah aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan,
menghilangkan stress, boleh beri semangat baru, membuka minda untuk idea baru dan
macam-macam lagi.
Ada yang menjadikan travel ini sebagai hobi dan elemen untuk motivasi diri dan pastinya akan menjadi kenangan terindah dalam episod kehidupan.
Jika anda rasa EMPAT TIPS TRAVEL YANG TERPALING RAHMAH sesuai
dengan anda, silalah gunakan dan adjust mengikut kapasiti masing-masing. Semoga
percutian kita semua Allah permudahkan dan berjalan dengan lancar.
Satu bonus
untuk anda, kalau nak travel percutian mewah (bukan Rahmah ye), anda boleh join
bisnes Shaklee kerana ada reward conventional dengan PERCUTIAN SHAKLEE yang mewah lagi percuma yang dijana
sepenuhnya oleh Shaklee tertakluk kepada terma dan syarat. Hubungi Kak As untuk buat bisnes online Shaklee. Kalau yang jenis suka travel memang sesuai la buat bisnes Shaklee ni.
Sekian, terima kasih.
Asnita (Kak As)
#KursusSpaMurah #SpaShaklee #MobileSpa #MobileSpaMalaysia #KelasSpaOnline #NextLevelBlogging #BlogMegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleePasirGudang
Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.
As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH
Comments
Post a Comment