Bila sebut
kerja dari rumah, korang jangan salah faham plak, korang fikir jawatan suri
rumah. Sebenarnya kerja dari rumah adalah sesuatu pekerjaan yang dilakukan di
rumah dan memberi pulangan hasil berbentuk pendapatan atau gaji atau wang. Hari
ni Kak As nak kongsikan FAEDAH DAN TIPS BEKERJA DARI RUMAH.
Semenjak
kes penularan Covid-19 yang berlaku di Malaysia seawal tahun 2023, semua rakyat
Malaysia yang bekerja di pejabat kerajaan dan swasta serta industri, terpaksa KERJA DARI RUMAH. Ini ekoran Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang diwarta untuk
semua rakyat, bagi tujuan mengurangkan kes jangkitan virus tersebut.
Akan
tetapi, sebenarnya ramai je rakyat Malaysia yang dah bekerja dari rumah kerana pekerjaan
mereka sesuai dilakukan di rumah seperti menulis karya atau skrip, menulis buku
atau jurnal, freelancer programmer sesuatu projek ataupun bisnes online atau
atas talian.
FAEDAH BEKERJA DARI RUMAH
Tiada
keperluan untuk bergesa ke tempat kerja
Bila KERJA DARI RUMAH ni, kita boleh bersiap seawal pagi seperti biasa untuk tunaikan
tanggungjawab kepada Yang Maha Esa. Kemudian boleh tenang-tenang uruskan
rumahtangga dulu sehingga waktu yang kita tetapkan sebelum kita masuk ruang
kerja yang disediakan di dalam rumah.
Walaupun
kita bekerja dari rumah, pastikan kita bersiap seperti mahu ke pejabat cumanya
lebih ringkas dah ala kadar, supaya kita berasa selesa dengan persekitaran
ruang kerja kita dan dapat melakukan tugasan dengan baik.
Boleh berjimat
Antara
perkara yang boleh kita jimatkan jika bekerja dari rumah adalah, jimat minyak
sebab tak perlu memandu keluar rumah untuk ke tempat kerja, jimat elektrik
sebab tak perlu gosok uniform atau baju kerja. Tapi sebenarnya tak berapa nak
jimat juga la, sebab kita perlu guna komputer untuk melakukan tugasan, namun kita
masih boleh kawal.
Ahli
keluarga depan mata
Dah kerja
kat rumah kan, memang lah keluarga kita ada kat rumah kan. Kalau anak-anak kena
ke sekolah pun setengah hari je. Kita akan ada lebih banyak masa dengan mereka
bila kita boleh tengok-tengok mereka sambil-sambil kita buat kerja kita.
Masa lebih
fleksibel, bilamana kita boleh susun atur jadual kerja kita dengan kerja rumah
kita. Bila kena dapat jimat masa tak perlu keluar rumah hadap kesesakkan lalu
lintas, masa lebih tu la kita boleh luangkan lebih masa dengan keluarga atau
buat kerja lebih banyak supaya boleh siap lebih awal dari due date yang
ditetapkan.
TIPS BEKERJA DARI RUMAH
Bersiap seperti
biasa tetapi ala kadar. Pakai baju yang sesuai dan bersolek ala kadar. Jangan
lah sampai tak mandi plak ye, itu memang tak professional.
Perlu
sediakan ruang yang selesa untuk bekerja dengan efisyen atau omputeh panggil
S.O.H.O (Small Office Home Office). Kita perlu bekerja dari pukul 9 pagi hingga
6 petang setiap hari, cuba bayangkan keadaan kondusif yang kita perlukan.
Jangan lah terfikir nak buat kerja atas katil plak kan. Boleh lenguh pinggang weh.
Silap-silap boleh tertidur semula.
Perlu
sediakan internet berkelajuan tinggi seperti 1000 mbps supaya kita dapat bekerja
dengan lancar terutamanya jika perlu mesyuarat melalui aplikasi zoom atau
google meet, terima dan hantar email, muat turun atau download tugasan. Ini belum
lagi nak bersosial media dan youtube selepas waktu bekerja.
KESIMPULAN
Jujurnya bila kita bekerja dari rumah, risau juga akan timbul perasaan malas, sebab dah duduk kat rumah kan, asyik rasa nak berehat jek. Tapi kita perlu ingat, jika kita bekerja untuk majikan, kita perlu melakukan tugasan dengan penuh tanggungjawab.
Tetapi jika kita bekerja sendiri seperti BISNES ONLINE, kita perlu komit dengan tugasan kita untuk kita jana pendapatan yang diinginkan, kerana perniagaan online ni bergantung pada usaha kita sendiri. Buat lebih dapat lebih, buat kurang… faham faham je lah ye.
Kalau ada yang berminat nak kerja dari rumah dengan buat bisnes online Shaklee, boleh hubungi Kak As untuk keterangan lanjut.
Sekian, terima kasih.
Asnita (Kak As)
#KursusSpaMurah #SpaShaklee #MobileSpa #MobileSpaMalaysia #KelasSpaOnline #NextLevelBlogging #BlogMegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleePasirGudang
Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.
As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH
Comments
Post a Comment