Jeragat atau dikenali juga sebagai pigmentasi yang muncul
akibat pengumpulan melanin yang banyak di bawah lapisan kulit. Ia sukar dirawat
dan boleh menyebabkan tona kulit tidak sekata dan menjadi gelap
bertompok-tompok. Mari Kak As kongsikan PETUA HILANGKAN JERAGAT CARA KLASIK MUDAH.
Pada mulanya, jeragat hanya tompokan kecil. Namun jika
dibiarkan, jeragat akan merebak dan memenuhi keseluruhan muka kerana ia
bersifat "HIDUP dan TUMBUH". Dalam erti kata lain, dalam diam ia
boleh beranak pinak. Grrr, takutnya!
Kalau nak tahu, lapisan luar kulit kita (epidermis)
sebenarnya ada 5 lapisan. Jeragat yang berada pada lapisan kulit yang paling
bawah (lapisan ke 5) akan naik ke setiap satu lapisan demi lapisan ke atas,
mengikut kitaran pembaharuan sel kulit kita.
Dari lapisan kulit yang ke 5, jeragat akan naik ke lapisan
ke 4, ke 3 dan seterusnya muncul pada permukaan kulit kita. Sebab itu, ada
jeragat yang nampak terang dan ada juga jeragat yang nampak pudar.
Berikut adalah punca-punca berlakunya jeragat :
- Perubahan hormon, ia kelihatan ketara bagi kaum wanita yang sentiasa mengalaminya
- Penghasilan kolagen di dalam kulit berkurangan disebabkan usia yang meningkat
- Pengambilan pil perancang
- Penggunaan kosmetik dan alat solek secara kerap menyebabkan tisu dan sel kulit lebih cepat mati
- Serangan radikal bebas yang merosakkan kulit
- Lapisan kulit yang nipis dan mudah terhakis disebabkan sinaran UV
Walaupun jeragat ini bukan dikategorikan sebagai penyakit
kulit berbahaya, namun bagi seorang wanita yang mementingkan penampilan,
kehadirannya boleh membuatkan kulit wajah nampak tidak sihat dan rasa kurang
keyakinan diri.
Jadi sebelum jeragat itu meluaskan empayar jajahannya, mari kita cepat-cepat bertindak mencari sesuatu yang boleh mengatasinya daripada
terus hidup subur pada kulit kita. Mari cuba PETUA HILANGKAN JERAGAT CARA KLASIK MUDAH ni.
Tenangkan Diri
Salah satu punca adanya jeragat adalah ketidakstabilan
hormon. Untuk itu, maka pada hari cuti atau ketika waktu kosong gunakanlah
untuk melakukan meditasi. Ini boleh membantu menghilangkan jeragat di muka kita.
Selain dari bermeditasi atau yoga. Kita boleh menggantikannya dengan
aktiviti-aktiviti lain yang disukai seperti jalan-jalan, mendengar muzik,
membaca atau berendam.
Lidah Buaya
Gel lidah buaya sangatlah bermanfaat. Salah satunya kerana
terdapat mucilaginous polisakarida yang dapat mengurangkan kesan pigmentasi
berlebihan dan mengembalikan warna asal kulit. Kandungan ini juga dapat
membantu membuang sel kulit mati dan menggantikannya dengan sel kulit baru.
Kopek kulit lidah buaya untuk ambil gelnya.
Bersihkan wajah terlebih dahulu, lalu sapukan gel lidah buaya secara
merata pada kawasan jeragat.
Beri urutan berpusar lembut selama satu atau dua minit.
Tinggalkan hingga mengering 15 minit lalu cuci muka dengan
air hangat.
Anda boleh melakukan petua hilangkan jeragat dengan mudah
ini satu atau dua kali dalam sehari selama satu minggu.
Jaga Kulit dari Sinar Matahari
Seberapa lama kita harus bekerja di luar rumah? Ini perlu
dicari jalan keluarnya agar jeragat tidak bertambah parah. Sinar matahari adalah
pencetus utama timbulnya jeragat pada wajah. Jadi bilamana kita melakukan aktiviti
di luar rumah pada waktu siang hari, lakukan langkah pencegahan untuk
mengurangkan risiko dengan cara elak jeragat berikut.
Pakai sunblock pada kulit 20 minit sebelum kita keluar atau
terdedah di bawah sinar matahari. Pilih sunblock dengan SPF 30 atau lebih
tinggi. Gunakan sunblock dengan kandungan nutrisi tambahan seperti seng yang
berkesan baik untuk kulit. Untuk lebih mudah, boleh guna AGE DEFENSEMOISTURIZER - SPF 50 by Shaklee untuk melindungi kulit dengan perlindung
matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB
Kemudian boleh sapukan YOUTH ACTIVATING BB CREAM SPF 30 untuk perlindungan berganda yang lebih kuat terhadap kulit.
![]() |
Jeragat pudar dengan penggunaan Set Youth Skincare |
![]() |
Kulit lebih sihat dan tona sekata dengan penggunaan Set Youth Skincare |
Ini antara testimoninya, jika anda mahukan set penjagaan kulit Youth Skincare ni, boleh hubungi Kak As boleh contact tekan sini saja, kita bincang step seterusnya.
Sekian, terima kasih.
Kak As (0127707962)
DAFTAR SHAKLEE
Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.
As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH

Comments
Post a Comment