PENUAAN ANGGUN BERSAMA COQ TROL PLUS SHAKLEE

Orang perempuan ni bila sebut perkataan tua, memang sensitif, sebab tu lah kebiasaannya umur pun mereka nak berahsia. Tapi bila rupa pasar mereka kelihatan muda dari usia sebenar, memang seronok sakan la menari cucuk langit. Jadi hari ni Kak As sebagai orang perempuan nak kongsikan bagaimana kita boleh menjalani PENUAAN ANGGUN BERSAMA COQ TROL PLUS SHAKLEE.



COQ TROLPLUS SHAKLEE ni mengandungi campuran propietari 100mg Coenzyme Q10, 2mg Resveratrol dan 5mg Tokoferol yang akan memberi hasil dan keberkesanan Coenzyme Q10 yang terbaik.

APAKAH ITU COENZYME Q10?

Coenzyme Q10 ni bertindak sebagai palam pencucuh sel (omputeh cakap spark plug) untuk memulakan proses penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga (ATP).  Coenzyme Q10 ni didapati dalam mitokondrion (kilang tenaga untuk sel) yang bertanggungjawab untuk penghasilan tenaga di setiap sel.

MENGAPA COENZYME Q10 PENTING?

Coenzyme Q10 atau singkatannya CoQ10 ni sangat-sangat penting untuk tingkatkan kekuatan sel kita untuk:

  • Kekal bertenaga
  • Memperbaiki peredaran darah yang sihat
  • Membantu kesihatan kesuburan
  • Menjadikan kulit berseri
  • Memgalakkan ketajaman minda

MENGAPA KITA PERLUKAN COENZYME Q10?

Tubuh badan kita boleh menghasilkan CoQ10 secara efektif sehingga umur 20 tahun, kemudian nya keupayaan itu akan berkurangan secara mendadak pada umur 40 tahun sehingga 80 tahun.

Pemakanan seharian kita mungkin tidak mampu membekalkan CoQ10 yang mencukupi akibat dari faktor nutrisi yang tidak lengkap, pengambilan ubat statin dan juga kesan tekanan oksidatif dari pencemaran sekeliling.

Kita disarankan untuk mengambil 100mg CoQ10 setiap hari untuk fungsi tubuh secara optima. Kita mungkin perlu makan 100 sudu makan minyak canola atau 3 kg daging merah atau 3.3 kg mentega kacang atau 100 cawan brokoli rebus. Mampu kah kita? 

MANFAAT COENZYME Q10 UNTUK PENUAAN ANGGUN BERSAMA COQ TROL PLUS SHAKLEE

Untuk entri kali ini Kak As nak fokuskan manfaat CoQ10 di dalam COQ TROL PLUS SHAKLEE terhadap Penuaan Anggun. Ini adalah berdasarkan artikel hasil bekerjasama Shaklee dengan Dato’ Dr Rajbans Singh, Presiden Persatuan Kesejahteraan Malaysia, yang mana bertujuan memberi inspirasi kepada ramai rakyat Malaysia untuk mencapai pemakanan dan kesejahteraan yang lebih baik.

PENGHASILAN TENAGA

CoQ10 bertindak sebagai pemangkin dalam rantaian tindakbalas kimia yang menghasilkan adenosine triphosphate (ATP), suatu campuran yang menghasilkan tenaga diperlukan oleh sel untuk berfungsi. Oleh kerana CoQ10 berperanan dalam penghasilan tenaga, jika kepekatan nya rendah ia boleh menjejaskan kesihatan secara umum. CoQ10 banyak terdapat dalam organ-organ yang memerlukan tenaga yang banyak terutamanya jantung, hati dan sistem imun.


COQ10 ANTI-OKSIDA BERKUASA

CoQ10 adalah anti-oksida sama seperti beberapa vitamin lain dan struktur nya sama seperti Vitamin E. CoQ10 telah menunjukkan keupayaan untuk menyingkirkan radikal bebas berbahaya dan dengan itu membantu mencegah kerosakan sel dalam pelbagai keadaan.

PENYAKIT PARKINSON

Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan CoQ10 pada dos yang tinggi mungkin bermanfaat bagi mereka yang dalam peringkat awal gangguan progresif sistem sarat yang mempengaruhi pergerakan.

KESIHATAN KARDIOVASKULAR

Kebanyakan kajian mengenai CoQ10 adalah melibatkan jantung kerana nutrien ini paling tertumpu di dalamnya dan bermanfaat untuk kesihatan jantung dalam pelbagai cara. CoQ10 membantu mengekalkan keadaan oksidatif normal kolesterol LDL, membantu menjamin kesihatan peredaran darah dan menyokong fungsi optimum otot jantung.

CoQ10 juga boleh membantu menyokong kesihatan dinding saluran serta mengurangkan tekanan darah. Sesetengah penyelidikan juga mencadangkan bahawa apabila digabungkan dengan nutrient lain. CoQ10 mungkin membantu pemulihan mereka yang menjalani pembedahan pintasan dan operasi pembedahan jantung.


PRESTASI FIZIKAL

CoQ10 terlibat dalam pengeluaran tenaga dan dapat meningkatkan prestasi fizikal kita. Sesetengah penyelidikan juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh membantu dalam mengurangkan sakit kepala atau migrain seperti yang dibuktikan oleh kajian yang dilakukan di klinik Mayo.

STATIN MENYEBABKAN OTOT LEMAH

Ubat statin mengurangkan pembentukan CoQ10 di dalam badan dan menyebabkan kelemahan otot. Oleh itu, pengambilan COQ TROL PLUS SHAKLEE dapat membantu mengurangkan kelemahan otot.

MANFAAT COQ10 PADA KESIHATAN KULIT

CoQ10 menjadi bahan anti-oksida dalam kesihatan kulit. Ia juga menyokong kesihatan dinding saluran darah sekali gus meningkatkan bekalan darah ke kulit.

KESUBURAN

CoQ10 meningkatkan pergerakan sperma pada lelaki dan bekalan darah dengan sifat anti-oksidanya. Oleh itu digalakkan mengambil COQ TROL PLUS yang mengandungi 100mg CoQ10 untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.

 

Akhir kata dari Dato’ Dr Rajbans Singh;

“Dengan menambahkan makanan kaya CoQ10 dalam diet kita dapat membantu, menambahkan suplemen ke dalam rejim kita adalah cara terbaik untuk memastikan kita menyokong tahap kesihatan kita.”

  

Mari dapatkan COQ TROL PLUS SHAKLEE untuk usaha meningkatkan tahap kesihatan terutamanya bagi mereka yang inginkan penuaan secara sihat atau nak memulakan BISNES SHAKLEE untuk usaha memperbaiki ekonomi keluarga anda. Jom Kak As bantu, tekan link ni lagi senang.

Sekian, terima kasih.

Asnita (Kak As)



 

#KursusSpaMurah #SpaShaklee #MobileSpa #MobileSpaMalaysia #KelasSpaOnline #NextLevelBlogging #BlogMegashaklee #ShakleeThrive2023  #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleePasirGudang

Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.

As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH

   

Comments