KETAHUI 5 KEPERLUAN UMUM WANITA MENGANDUNG

Adakah anda wanita yang sedang mengandung? Tahukah anda apakah keperluan wanita mengandung? Sememangnya wanita mengandung memerlukan perhatian khusus terhadap kesihatan dan keperluan peribadinya. Di sini Kak As nak kongsikan tentang KETAHUI 5 KEPERLUAN UMUM WANITA MENGANDUNG yang harus dititikberatkan.

Kak As simpulkan 5 point penting ni berdasarkan pembacaan dan pengalaman Kak As sebelum ini, di harapkan ia serba sedikit menjadi panduan bagi semua wanita yang sedang mengandung dan juga pasangan mereka.

 

HORMON YANG STABIL

WANITA MENGANDUNG akan mengalami perubahan pada tubuh badan, fungsi organ dan emosi. Ini adalah diakibatkan oleh kehadiran Hormon Kehamilan. Kebiasaannya wanita mengandung akan berasa tidak selesa, namun perubahan-perubahan ini penting untuk menjaga kesihatan ibu dan kandungannya.

Terdapat hormon kehamilan yang baru muncul ketika hamil, ada juga yang sudah ada sebelum kehamilan, namun kadarnya adalah berbeza-beza mengikut individu. Hormon kehamilan terdiri daripada beberapa jenis, iaitu hormon hCG, hPL, estrogen, progesteron, oksitosin, dan prolaktin.

Hormon-hormon kehamilan tersebut memiliki fungsi penting dalam menyokong kesihatan ibu hamil serta kandungannya. Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa perubahan hormon tersebut boleh menimbulkan keluhan si ibu saat mengandung seperti mudah berasa letih, pening kepala, ulser mulut dan sembelit.

Penting untuk wanita mengandung tahu bagaimana caranya nak stabilkan hormon. Baca selanjutnya tentang HORMON KEHAMILAN di sini.

 

AMALAN YANG BAIK

Sangat-sangat digalakkan WANITA MENGANDUNG untuk senantiasa bersangka baik dah melakukan amalan yang baik-baik saja. Antara amalan baik yang perlu mereka lakukan adalah seperti berikut;

Menjalani pemantauan kesihatan prenatal secara berkala dan teratur di mana-mana klinik kesihatan ibu dan anak untuk memantau perkembangan kandungan dan kesihatan ibu.

Jika perlu konsultasi dari doktor pakar, si ibu hamil perlu patuh pada jadual konsultasi medikal yang telah ditetapkan oleh doktor pakar untuk rutin pemantauan.

Perlu diingat wanita mengandung mesti menghindarkan diri dari sebarang ubat-ubatan yang beracun dan berbahaya. Ini termasuklah juga tidak boleh mengambil alkohol, merokok dan ubat yang tidak dibenarkan oleh doktor.

 

MAKANAN DAN MINUMAN YANG SEIMBANG

Sememangnya amalan pemakanan yang seimbang adalah kunci untuk memenuhi keperluan nutrisi selama kehamilan. Ini termasuk protein, karbohidrat, lemak baik, serat, serta vitamin dan mineral yang pelbagai, seperti zat besi, folik asid, kalsium, vitamin D, vitamin B kompleks dan omega-3. Terdapat SET WANITA MENGANDUNG untuk anda cuba.

Keperluan air yang mencukupi juga penting untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrasi yang baik kerana isipadu darah semakin meningkat semasa kehamilan.

 

ISTIREHAT YANG MENCUKUPI

Disebabkan wanita mengandung sering keletihan apabila mengalami perubahan hormon dan emosi. Makanya si ibu perlukan istirehat yang mencukupi seperti tempoh waktu tidur yang cukup, rehat sekejap pabila keletihan, kondisi yang selesa ketika berehat, pengudaraan yang baik dan suasana yang tenang juga penting untuk kesihatan ibu hamil.

 

LATIHAN FIZIKAL YANG SESUAI

Latihan senaman fizikal yang ringan dan sesuai seperti berjalan (briskwalk) atau yoga dapat membantu menjaga kesihatan dan kesegaran selama kehamilan. Namun harus dilakukan dengan hati-hati serta dengan rekomendasi doktor.


 

Kehamilan adalah tempoh yang mengharuskan wanita untuk memperhatikan keperluan umum mereka dipenuhi bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan kandungan yang sihat dan selamat. Oleh itu info-info penting seperti ini harus diketahui melalui pembacaan yang berkualiti. Secara mudahnya info ini Kak As satukan menjadi H.A.M.I.L. Semoga bermanfaat.  


Mari dapatkan PRODUK SHAKLEE untuk usaha meningkatkan tahap kesihatan terutamanya bagi mereka yang inginkan kehamilan secara sihat atau nak memulakan BISNES SHAKLEE untuk usaha memperbaiki ekonomi keluarga anda. Jom Kak As bantu, tekan link ni lagi senang.

Sekian, terima kasih.

Asnita (Kak As)



 

#KursusSpaMurah #SpaShaklee #MobileSpa #MobileSpaMalaysia #KelasSpaOnline #NextLevelBlogging #BlogMegashaklee #ShakleeThrive2023  #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleePasirGudang

Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.

As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH

   

Comments