![]() |
Multivitamin Shaklee bantu kelayakan untuk menderma darah |
Pada Ahad 26 Februari 2023, Kak As pergi Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk men DERMA DARAH, lagipun dah jarak 5 bulan dari kali akhir menderma pada bulan September 2022. Macam biasa datang awal supaya mudah nak dapat parking berdekatan.
Jabatan
translusi darah HSI mula beroperasi seawal jam 8.00 pagi, so mudah la kita nak
buat urusan pagi-pagi kan.
Macam biasa
sebelum Kak As isi borang, Kak As akan minta jururawat check dulu bacaan hemoglobin.
Cucuk sikit jarum kat jari untuk keluarkan sedikit darah, 2 kali ambil bacaan tapi
keputusan nya mengecewakan… pertama 10.4 kedua 11.0 alahai sayang nya tak dapat
menderma la hari itu.
Kami pun balik dah pergi sarapan sedap demi mengubat hati yang kecewa. Tapi sebelum tu jururawat bekalan Kak As dengan 3 jenis vitamin untuk tambah darah, iaitu;
1) Zat besi adalah mineral yang diperlukan oleh tubuh yang berkepentingan untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah.
2) Vitamin B12 atau Cobalamin, dalam kombinasi dengan Folacin (Vitamin B12 juga dikenali sebagai Asid Folik) adalah digunakan dalam pembentukan sel darah merah.
3) Asid Folik pula kenali sebagai Folate yang diperlukan untuk menghasilkan sel baru terutama sel darah merah.
Kak As
cakap dengan jururawat tu, bahawa Kak As akan makan 3 vitamin ini bersama dengan
set multivitamin yang selalu Kak As makan, kemudian jururawat tu pesan jangan
sampai overdose risau nanti jadi sembelit plak.
Tapi Kak As
menjawab, jika kita makan banyak vitamin kita kena pastikan kita minum air yang
mencukupi dan boleh tambah makan kalsium dari Ostenutrix untuk menggelakkan
masalah sembelit.
Dalam tempoh seminggu berikutnya Kak As makan 3 vitamin hospital tu bersama dengan set multivitamin harian iaitu;
1) B complex Shaklee
membekalkan kesemua 8 jenis vitamin B yang seimbang dan lengkap untuk
menguatkan tubuh kita. Komposisinya terdiri daripada Thiamin B1, Riboflavin B2,
Niacin B3, Pantotenik B5, Vitamin B6, Biotin B7, Folate (asid folik) B9 dan Vitamin
B12 yang mempunyai fungsinya tersendiri.
2) Vitamin C
Shaklee terdiri daripada Ascorbic Acid, Ascorbate free radical dan
Dehyroascorbate yang bertanggungjawab untuk membantu penyebaran dan penyerapan
nutrisi, juga sebagai pelindung intracellular sel dan bertindak sebagai
penyumbang elektron bagi radikal bebas (antioksidan).
Vitamin C tidak
dapat dijana oleh tubuh manusia, ianya perlu diperolehi daripada sumber makanan
atau suplemen.
3) Vita-Lea
Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Setiap
hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk
vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.
Selama seminggu Kak As amalkan semua vitamin ni, maka tibalah masanya untuk menderma darah. Hati berdebar-debar ni masih risau jika bacaan HB masih tidak mencukupi.
Pada Ahad 5
Mac 2023, sekali lagi Kak As pergi ke HSI awal pagi. Masa tu dah ada 3 orang
yang sedang tunggu giliran nak menderma. Bila tiba giliran Kak As untuk ujian
bacaan HB, baca doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan.
Alhamdulillah Kak As layak untuk menderma darah untuk kali yang kelapan. Jadi Kak As nekad nak konsisten amalkan set kesihatan harian yang ada vita-lea, b komplek dan vitamin C supaya Kak As dapat menderma darah mengikut jadual yang ditetapkan iaitu setiap 3 bulan.
![]() |
Alhamdulillah, Kak As layak menderma darah |
![]() |
Bersama suami Kak As yang menderma darah aferesis |
![]() |
Ok dah selesai menderma darah, jom kita jalan-jalan cari makan |
Jika anda nak dapatkan mana-mana PROMOSI PRODUK SHAKLEE terutamanya SET PUASA SHAKLEE, anda boleh hubungi Kak As segera, sementara stok masih ada. Mari dapatkan kesihatan yang lebih baik, dengan ikhtiar mengamalkan produk Shaklee.
Kak As (0127707962)
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleepasirgudang
Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.

Comments
Post a Comment