ENAM TIPS BISNES ONLINE YANG KLISE

Semasa Malaysia digemparkan dengan penularan Covid-19, rata-rata ramai rakyat Malaysia yang hilang pekerjaan bilamana banyak industri terpaksa ditutup, ekoran tidak dapat beroperasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, yang diisytiharkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada tanggal 16 Mac 2020 jam 9 malam.

Sejak PKP, isu kewangan merupakan cabaran paling getir bagi semua rakyat Malaysia yang terkesan. Bermula dari situlah, ramai yang mengambil inisiatif untuk memulakan bisnes online untuk menjana pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Ada antara mereka berjaya mendapat hasil yang baik melalui bisnes online, namun ada juga yang tidak bernabis baik. Di sini Kak As nak kongsikan ENAM TIPS BISNES ONLINE YANG KLISE untuk dijadikan panduan bagi mereka yang sedang berfikir-fikir nak mulakan bisnes online ni.


SATU: PILIH PRODUK KEPERLUAN RAMAI

Kita kena bijak memilih produk yang nak diniagakan secara online supaya produk kita tu menjadi keperluan ramai dan sentiasa dibeli walau dalam kegawatan ekonomi. Contoh mudah Kak As bagi adalah bisnes jual vitamin dan suplemen Shaklee. Kebetulan semasa PKP tu virus Covid-19 sedang berleluasa, makanya penjualan Vitamin C meningkat secara mendadak kerana ramai yang perlukannya untuk menguatkan sistem imun tubuh bagi mengelakan serangan virus.

Selain dari itu, produk vitamin dan suplemen ini tidak akan lupus kerana ia adalah keperluan bagi melengkapkan nutrisi badan yang mungkin kurang akibat pemakanan yang kurang seimbang, terutamanya kanak-kanak warga emas.

DUA: PILIH SYARIKAT YANG KUKUH UNTUK KITA JADI EJEN ATAU DROPSHIP

Jika kita memilih untuk menjadi ejen atau dropship bagi jenama yang sedia ada, kita perlu membuat sedikit kajian tentang kekukuhan sesebuah syarikat. Sebagai Contoh, Shaklee adalah antara syarikat jualan langsung yang telah bertapak lebih 28 tahun di Malaysia (lebih 65 tahun di dunia). Sehingga hari ini Shaklee tidak pernah gagal membayar bonus atau insentif kepada semua ejennya yang layak terima bonus bulanan berdasarkan prestasi masing-masing.

Jumlah bonus yang Shaklee telah bayar kepada pengedarnya pada tahun 2020, 2021 & 2022

TIGA: PILIH JENAMA YANG TERKENAL DAN DIYAKINI

Penting untuk kita pastikan jenama yang dipilih sudah terkenal di Malaysia dan diyakini kukuh. Ini kerana jenama yang sudah dikenali biasanya lebih mudah untuk dijual kerana masyarakat sudah mengenali jenama tersebut. Kita cuma perlu yakinkan orang untuk membeli dari kita. Selain itu, kebiasannya jenama terkenal ni sudah mempunyai sistem sokongan yang kukuh, Makanya kita akan sentiasa dibimbing oleh pemimpin atasan dan tidak terkapai-kapai sendirian.

Sebagai contoh, Shaklee merupakan jenama pengeluar vitamin dan suplemen yang terkenal dan diyakini oleh rakyat Malaysia, bilamana Shaklee telah diundi oleh penggunanya sebagai memenangi piala Emas The Trusted Brand Malaysia oleh majalah Reader’s Digest selama 3 tahun berturut-turut (2021, 2022 & 2023). 


EMPAT: PERLU ADA ILMU

Ilmu merupakan perkara asas bagi individu yang ingin memulakan bisnes online. Antara ilmu yang perlu dipelajari adalah ilmu tentang produk, ilmu pemasaran/marketing, ilmu pengiklanan, ilmu sistem ejen (jualan langsung), ilmu pengiraan kos dan sebagainya. Ilmu ini sangat-sangat berguna jika kita mahu memulakan bisnes online supaya kita dapat mengurangkan risiko untuk menanggung kerugian, malah bisnes online kita akan berjalan dengan lebih teratur dan sistematik.

Ilmu personal branding dan positioning juga penting untuk kita meyakinkan orang ramai untuk membeli dari kita. Dan nak bagi orang ramai sentiasa ingat dan kaitkan kita dengan produk yang kita niagakan. Contoh macam Kak As sentiasa nak propa perkara-perkara tentang kesihatan dan bagaimana nak tingkatkan tahap kesihatan dengan mengamalkan vitamin dan suplemen Shaklee. Jadi Kak As akan branding dan positioning kan diri Kak As Suka Propa Yang Sihat-sihat.

LIMA: PILIH PLATFORM SESUAI

Nama pun bisnes online kan, jadinya perlulah gunakan media sosial untuk berbisnes. Kita boleh pilih sama ada ingin berniaga di facebook, instagram, website, tiktok, youtube atau nak guna kesemua platform pun boleh. Capaian kepada lebih ramai prospek jika kita berbisnes di lebih banyak platform dan ia lebih menguntungkan.

ENAM: BETULKAN NIAT

Nak berbisnes online ni kenalah jaga niat kita, apa tujuan sebenar kita berbisnes. Jika niat kita salah, mungkin bisnes kita tidak menjadi seperti yang diharapkan. Maka perlu betulkan niat, supaya Allah permudahkan segala urusan bisnes online kita dan kita mendapat hasil yang Allah berkati.

KESIMPULANNYA

Dengan panduan ENAM TIPS BISNES ONLINE YANG KLISE ini, bagi yang belum ada bisnes dah boleh mula riki-riki bisnes apa nak buat dan bagi yang dah ada bisnes, boleh semak semula tips ni kot-kot ada yang terlepas pandang, atau kalian ada tips yang lebih baik pun boleh kongsikan kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia bisnes online ni.

Macam Kak As dah pernah cuba macam-macam bisnes sebelum Kak As buat bisnes Shaklee, jadinya sampai sekarang Kak As masih setia dengan Shaklee sebagai pengguna dan pengedarnya kerana Kak As yakin dengan apa yang Shaklee mampu bagi dengan izinNya.

Ok guys, Kak As ucapkan semoga berjaya & terus berjaya dalam bidang bisnes online yang kalian pilih. Kalau malas nak fikir banyak-banyak, mari hubungi Kak As untuk buat bisnes online Shaklee. Kalau yang jenis suka KERJA DARI RUMAH memang sesuai la buat bisnes Shaklee ni. 

Sekian, terima kasih.

Asnita (Kak As)



 

#KursusSpaMurah #SpaShaklee #MobileSpa #MobileSpaMalaysia #KelasSpaOnline #NextLevelBlogging #BlogMegashaklee #ShakleeThrive2023  #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleePasirGudang

Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.

As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH

   

Comments