Kajian
mendapati wanita yang bekerjaya adalah antara golongan yang berisiko tinggi
mengalami tekanan ataupun stress akibat dari amalan gaya hidup mereka yang
tidak sihat. Ini kerana wanita sememangnya akan memakai banyak topi tugasan seperti
tanggungjawab isteri, sebagai ibu menguruskan rumahtangga dan anak-anak, sebagai
anak (jika mereka menjaga ibu bapa mereka) dan pekerja (untuk majikan). Di sini Kak As nak berkongsi beberapa tips
AMALAN GAYA HIDUP SIHAT BANTU ATASI STRES yang kita boleh amalkan bersama-sama.
Menurut WHO, menjalani amalan gaya hidup sihat bermaksud kita melakukan amalan-amalan tertentu seperti menjaga pemakanan dan bersenam dalam mengurangkan risiko penyakit dan kematian. Walaubagaimanapun, tidak semua penyakit dapat dielakkan, namun kita masih boleh elakkan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesity serta kemurungan (depression).
Laporan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit
utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun
2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.
Oleh itu, adalah
penting bagi semua individu untuk ketahui kepentingan AMALAN GAYA HIDUP SIHAT.
PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG
Pengambilan diet
seimbang dapat memastikan fizikal dan mental sentiasa dalam keadaan baik. Diet
seimbang bukan sahaja membekalkan nutrient dan tenaga diperlukan badan, malah
dapat menangani stres. Sertakan diet kita dengan berbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran,
biji-bijian, protein tanpa lemak dan produk susu rendah lemak.
Hindari makanan segara
dan makanan manis. Digalakkan untuk mengambil sumber ikan yang tinggi dengan
Omega 3 (Omega Guard Shaklee) untuk membantu menstabilkan stress (hormon
kortisol). Pastikan juga minum air secukupnya untuk mempastikan sistem tubuh berfungsi
dengan baik dan membantu kesegaran badan,
BERSENAM SECARA BERKALA
Selain menyihatkan
badan, ramai yang meredakan tekanan yang dihadapi melalui senaman kerana ia dapat
merembeskan hormon gembira iaitu hormon endorphin yang sekali gus dapat melupakan
stress. Kajian membuktkan bahawa individu yang aktif secara fikizal mempunyai
kadar tekanan dan kemurungan lebih rendah berbanding individu yang tidak aktif.
Oleh itu, wanita yang berdepan tekanan boleh mengambil sedikit masa melakukan
senaman ringan seperti berjogging, berbasikal atau berenang secara berkala (30
minit setiap sesi, 3 kali seminggu) untuk mengurangkan stress.
DAPATKAN TIDUR BERKUALITI DAN MENCUKUPI
Tidur adalah waktu
untuk badan berehat dan memulihkan tenaga. Dapatkan tidur mencukupi (antara 6 – 7 jam) kerana kita menjalani proses rejuvenasi badan untuk kekal segar pada
keesokan hari. Waktu sesuai untuk mula tidur adalah antara jam 9 – 11 malam,
dan bangun pada 3 – 5 pagi.
PERBINCANGAN SIHAT
Berbincang dan
meluahkan tekanan yang dihadapi kepada individu yang terdekat termasuk suami dapat
membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung dan dapat mencari jalan
penyelesaian terbaik kepada sebarang permasalahan yang timbul. Luahan si isteri
dapat memberi kesedaran kepada suami untuk Bersama-sama membantu menguruskan
keluarga.
SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF DAN SENYUM
Sebenarnya tidak mudah
untuk senyum apabila berada dalam tekanan. Namun, kajian mendapati senyuman
mampu merembeskan hormon gembira seperti oksitosin, endorphin dan serotonin
tanpa disedari dan ia membantu dalam menguruskan stress. Mengucapkan KATA-KATA MOTIVASI pada diri sendiri juga membantu minda untuk sentiasa berfikiran positif.
DAPATKAN BANTUAN KHIDMAT PROFESIONAL DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN BERKALA
Wanita berdepan
tekanan perlu mendapatkan bantuan professional untuk mengelakkan masalah mental
menjadi lebih serius. Pakar perubatan akan mengetahui masalah kesihatan yang
dihadapi dan memberikan rawatan bersesuaian melalui pemeriksaan awal.
Pemeriksaan berkala juga perlu bagi mengetahui tahap prestasi kesihatan individu
selapas menjalani AMALAN GAYA HIDUP SIHAT yang dicadangkan.
AMALKAN SUPLEMEN UNTUK MENCUKUPKAN JURANG NUTRISI
Sebagai cadangan penutup,
Kak As cadangkan kita amalkan suplemen dan vitamin untuk melengkapkan kekurangan
nutrisi yang kita perlukan tetapi kita tak perolehi secukupnya melalui
pemakanan. Namun kita boleh mengamalkan MULTIVITAMIN yang lengkap dengan vitamin
dan mineral yang diperlukan oleh badan. Selain dari itu kita juga boleh amalkan
SET KURUS SHAKLEE bagi membantu pengurusan berat badan supaya mendapat berat badan
ideal sekali gus membantu mengurangkan stress.
AKHIR KATA
Sebagai rakyat Malaysia
yang prihatin, suka untuk Kak As mengajak kita bersama-sama amalkan gaya hidup sihat
bagi mengawal dan mengurangkan stres serta dalam mengelakkan diri mendapat
kecacatan fizikal dan mental ataupun kematian akibat penyakit kronik.
Sentiasalah kita berusaha menambah-baik kesihatan dengan berterusan mengamalkan pilihan-pilihan harian yang lebih baik. Mendapatkan tubuh badan yang sihat memerlukan usaha dari usia muda dan bukannya apabila kita sudah jatuh sakit. Jadi apa kata kita mulakan daripada sekarang, JOM!
Sekian, terima kasih.
Kak As (0127707962)
DAFTAR SHAKLEE
Penafian;
Semua kandungan penulisan artikel yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan berdasarkan kepada pemahanan dari pembacaan As sendiri. Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalaha kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doctor atau mana-mana pakar kesihatan yang diikhtiraf.
As bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah. FREE CONSULTATION | ADORABLE PRICE | GOOD MENTORING | GOOD MOTIVATION | BUSINESS OPPORTUNITY WITH

Comments
Post a Comment